BOLEH dikatakan agak jarang juga pentas hiburan di Malaysia ini disajikan dengan konsert instrumental berbanding di negara luar.
Bukan menidakkan industri muzik tanah air yang agak ketinggalan berbanding negara luar, namun hakikatnya tidak ramai yang berani melakukannya pada skala besar dek risiko sambutan yang mungkin tidak sehebat di negara barat.
Jika diimbau, ada yang pernah berani mencuba, itu pun agak lama dahulu sebelum dunia dilanda pandemik COVID-19. Namun konsert berciri instrumental sudah tidak lagi didengari sejak sekian lama.
Bagaimanapun Big Stage Entertainment Channel tampil mengambil langkah berani, menongkah arus untuk mendepani risiko tersebut apabila bakal menganjurkan sebuah konsert yang mengumpulkan kalangan ‘Dewa Gitar’ tanah air pada November ini.
Konsert yang diberi nama “Tujuh Vibrato Gitar” itu bakal mengumpulkan pemain gitar terkemuka tanah air di satu pentas.
Jika diamati sosok yang dijadual membuat penampilan, ia semestinya bakal menjanjikan persembahan yang cukup hebat apabila membariskan antaranya Joe Branko, Man Kidal, Kidd Search, Shah Slam, dan Jembo DefGabC.
“Para peminat seni hiburan telah banyak disajikan dengan konsert persembahan oleh penyanyi. Tetapi belum pernah lagi diadakan konsert yang mengetengahkan pemuzik.
"Kali ini untuk kelainan, kami ingin menampilkan pemuzik sebagai tarikan utama konsert.
"Sebagai permulaan, Big Stage Entertainment Channel membawakan pemain gitar handalan, bukan seorang, tetapi tujuh orang.
"Mereka ini telah lama menempa nama dalam industri muzik tanah air dan prestasi mereka tidak dapat disangkal,” Jelas Sandakiah Azez selaku Pengurus Bigstage Entertainment Channel ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Jelasnya lagi konsert ini juga turut menampilkan gitaris wanita Anis Kalisa yang tidak asing dalam industri muzik rock tanah air.
Malah katanya, konsert ini menampilkan keistimewaannya tersendiri apabila julung kali diadakan.
“Konsert ini bakal mencatatkan sejarah dan menjadi fenomena, kerana ia merupakan kali pertama tujuh orang gitaris beraksi serentak di atas satu pentas.
“Angka tujuh itu sendiri mewakili nota-nota muzik D, E, F, G, A, B, C dan Do Re Mi Fa So La Ti, dan angka tujuh juga mempunyai banyak rahsia dan keistimewaan dalam kehidupan seharian dan kejadian alam.
"Semuanya akan digabungkan dalam konsert Tujuh Vibrato Gitar,” jelasnya lagi.
Peminat yang hadir pada konsert yang akan berlangsung di Zepp K.L pada 3 November itu nanti juga akan turut menyaksikan selingan nyanyian yang membabitkan beberapa artis rock terkemuka seperti menyaksikan Muss dan Lan Solo mendendangkan beberapa buah lagu popular.
Malah penonton juga akan disajikan dengan sebuah konsert yang benar-benar menampilkan mutu persembahan yang amat berkualiti yang merangkumi pelbagai sudut termasuk penataan cahaya, bunyi dan visual.
Ini bakal menjadikan konsert Tujuh Vibrato Gitar sangat istimewa dan berada pada kelasnya yang tersendiri.
Mereka yang berhajat untuk menyaksikan konsert tersebut boleh mendapatkan tiket mulai sekarang yang telah mula dijual menerusi atas talian di www.tix-box.com.
Tiket-tiket berharga RM188 (Rockzone), RM278 (Normal seats), RM338 (Premium seats) dan RM5,000 (VIP Box untuk 8 orang).
“Kami mengajak para peminat muzik, terutamanya muzik rock tanah air untuk hadir beramai-ramai menyaksikan konsert Tujuh Vibrato Gitar yang julung kali diadakan ini.
“Persiapan sedang giat dijalankan dan kami menjanjikan satu persembahan yang luar biasa.
"Jangan ketinggalan mendapatkan tiket anda, dan dalam masa yang sama, pihak penganjur juga sudahpun mempunyai beberapa perancangan untuk tahun 2024. Nantikan hebahan selanjutnya!” katanya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Sep 17 2023
Konsert ini bakal mencatatkan sejarah dan menjadi fenomena, kerana ia merupakan kali pertama tujuh orang gitaris beraksi serentak di atas satu pentas. -Big Stage Entertainment Channel
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh Trump.
AWANI Tonight: Next for Gen AI - Mimicking human cognitive abilities
Global economic leaders expressed cautious optimism about the year ahead on the final day of the World Economic Forum 2025. Astro AWANI’s Lead Editor, Najib Aroff, reports from Davos, Switzerland.
AWANI Tonight: Cabinet agrees to 50 percent discount for tolls during CNY
The government announced a 50 percent toll discount for private vehicles in conjunction with the Chinese New Year to ease travel costs during the festive season.
Consider This: Penang Pan Island Link 1 (Part 2) — Complementary or Conflicting with LRT?
Penang’s long-debated Pan Island Link 1 highway has made headlines again, as it was recently revealed that the Federal Government is considering funding the RM7.5 billion project under the 12th Malaysia Plan. The Penang State Government claims the 19.5-kilometer, six-lane highway will be critical for reducing traffic congestion. However, activists warn it could harm the environment and undercut the success of the planned LRT system. Is PIL1 the right path forward for Penang Island? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Lim Mah Hui, member of Penang Forum and former Penang Island City Councillor.
Consider This: Penang Pan Island Link 1 (Part 1) — Complementary or Conflicting with LRT?
Penang’s long-debated Pan Island Link 1 highway has made headlines again, as it was recently revealed that the Federal Government is considering funding the RM7.5 billion project under the 12th Malaysia Plan. The Penang State Government claims the 19.5-kilometer, six-lane highway will be critical for reducing traffic congestion. However, activists warn it could harm the environment and undercut the success of the planned LRT system. Is PIL1 the right path forward for Penang Island? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Zairil Khir Johari, Penang State Government Exco Member for Infrastructure, Transport & Digital.
Prinsip pintu terbuka Cklamovski penting tetapi pemilihan pemain harus teliti - Pakar
Prinsip pintu terbuka Ketua Jurulatih Kebangsaan Peter Cklamovski yang memberi peluang sama rata kepada semua pemain mencerminkan visi progresifnya.
'Dewa gitar' bergabung atas satu pentas dalam konsert Tujuh Vibrato Gitar
Konsert ini bakal mencatatkan sejarah dan menjadi fenomena, kerana ia merupakan kali pertama tujuh orang gitaris beraksi serentak di atas satu pentas.