KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini sedikit kecoh susulan dakwaan seorang menteri kanan bertindak menghalang Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming daripada menjalankan tugas sebagai Speaker sementara pada Isnin.
Situasi tegang itu berlaku selepas Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bertanya sama ada benar dakwaan Datuk Azhar Azizan Harun dipengaruhi seorang menteri kanan sehingga terpaksa membatalkan permintaan memberi ruang kepada Kor Ming mempengerusikan mesyuarat itu.
Bagaimanapun, Azhar menafikan bahawa beliau ditekan pihak tertentu sehingga mengubah fikiran.
Sebaliknya, Yang Dipertua Dewan Rakyat itu menjelaskan ia adalah keputusan beliau sendiri kerana mengubah fikiran pada saat akhir.
"Memang mengikut peraturan 7(3), saya mempunyai kuasa (meminta digantikan sementara waktu).
"Saya memang ada bagi surat kepada Yang Berhormat Teluk Intan selepas beliau bersedia menerima permintaan saya, namun saya menukar fikiran pada saat akhir.
"Sememangnya prosiding itu sah sebab saya balik semula untuk mempengerusikan mesyuarat. Saya tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran. Saya cuma menggunakan kuasa saya untuk mengubah fikiran," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, pada sesi pagi beberapa wakil rakyat dari parti DAP mempersoalkan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa menghalang Kor Ming daripada menjadi Speaker sementara.
Antaranya Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) yang dilihat bangkit mempersoalkan tindakan seorang menteri kanan yang didakwa telah campur tangan dan salah guna kuasa menyekat Speaker, Azhar daripada mengundang Kor Ming sebagai Speaker jemputan.
"Saya minta penjelasan siapakah menteri kanan yang telah masuk campur, salah guna kuasa? Ada seorang menteri kanan telah sekat Speaker mengundang Teluk Intan sebagai Speaker semalam (Isnin)?
"Saya nak tahu adakah menteri kanan tersebut ada dalam Dewan pagi ini? Hari ini saya lihat ada dua menteri kanan di sini, adakah mereka salah seorang daripada mereka ada di sini? Sebagai ahli Parlimen kita ada hak untuk tahu," soalnya.
Gobind turut bangkit mencabar Azmin untuk mengakui dakwaan tersebut, sebelum Ahli Parlimen Gombak itu bangkit menyatakan: "Saya berani (berdiri) kerana ini sesi soal jawab."
Pada Isnin, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kor Ming telah diundang, secara bertulis oleh Azhar untuk mempengerusikan sidang itu pada sebelah petang Isnin namun mendakwa seorang ‘menteri kanan Kabinet’ bertindak menghalangnya daripada ia berlaku.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 21 2021

Azhar menafikan bahawa beliau ditekan pihak tertentu sehingga mengubah fikiran - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.