KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021, yang antara lain melibatkan pertambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim setelah dibahas 17 senator.
Terdahulu, Awang ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata rasional meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari itu adalah bagi memastikan pekerja wanita mendapat rehat yang cukup serta mengeratkan hubungan ibu dan anak.
"Selain itu, ia bagi memelihara keselamatan dan kesihatan pekerja wanita serta tumbesaran anak danmenggalakkan penyertaan golongan wanita dalam pasaran buruh.
"Peningkatan ini juga mengambil kira faktor bahawa kebanyakan negara jiran telah memberikan cuti 90 hari atau lebih sebagai contoh Indonesia yang memberikan 90 hari (cuti bersalin), Korea juga memberi 90 hari (cuti bersalin) dan rakan perdagangan kita, Jepun memberikan 98 hari cuti bersalin," katanya.
Awang berkata faedah cuti bersalin itu dapat memberi perlindungan kepada pekerja wanita sekali gus mengekalkan mereka dalam sektor pekerjaan serta menarik minat kaum wanita memasuki pasaran kerja.
Persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bagi meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Rang undang-undang itu, yang dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid, diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas sembilan senator.
Antara lain, rang undang-undang itu bertujuan memberi kuasa kepada pengawal, pegawai bekalan, pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau pegawai kastam untuk menahan tanpa waran orang yang dipercayai melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah Akta 122.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022

Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim setelah dibahas 17 senator. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 berkaitan cuti bersalin
Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim setelah dibahas 17 senator.