KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Kastam 1967.
Rang undang-undang yang mengandungi 16 Fasal itu antara lain bertujuan meminda Akta Kastam seksyen 85 (Akta 235) untuk memberi ketua pengarah kuasa bagi menentukan bentuk dan cara suatu akuan apa-apa barang yang dieksport melalui rel yang tidak berduti apabila dieksport.
Pindaan tersebut juga bertujuan untuk membolehkan Menteri Kewangan melanjutkan tempoh untuk melakukan sesuatu perbuatan atau benda yang perlu disempurnakan dalam tempoh tertentu di bawah Akta 235 sekiranya dia berpuas hati bahawa perbuatan atau benda itu tidak dapat disempurnakan dalam tempoh itu disebabkan oleh berlakunya apa-apa kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.
Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa diluluskan selepas lima Ahli Parlimen berbahas.
Yamani Hafez ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata fokus utama pindaan Akta 235 itu adalah untuk membolehkan fasiliti tertentu diberikan kepada pembayar cukai ketika berlakunya kecemasan awam dan krisis kesihatan awam.
"Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2022 yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk menambah baik perundangan percukaian negara selari dengan perubahan semasa perniagaan.
"Pindaan utama Akta 235 ini adalah berbangkit dari apa yang kita pelajari susulan daripada pandemik COVID-19 yang mana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengehadkan banyak aktiviti dan operasi perniagaan," katanya.
Ini katanya telah menyebabkan banyak pembayar cukai tidak dapat melaksanakan obligasi mereka di bawah akta tersebut.
Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022 yang antara lain bertujuan memberi Ketua Pengarah Kastam kuasa untuk menentukan bentuk dan cara tuntutan pemulangan balik apa-apa wang yang terlebih bayar atau tersalah bayar, dan memerintahkan supaya dipulangkan balik wang tersebut jika dibuktikan.
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Yamani Hafez berkata fokus utama pindaan Akta 176 di bawah Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2022 bakal memberi manfaat kepada pembayar cukai dalam menyempurnakan obligasi mereka di bawah akta tersebut.
Pindaan ini juga katanya akan memudahkan pihak industri membuat rujukan secara berpusat bagi borang-borang percukaian.
"Sekiranya terdapat perubahan kepada butiran di dalam borang tersebut, ianya selari dengan peredaran masa dan pengemaskinian borang juga akan lebih mudah dan lebih cepat untuk dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022

Yamani Hafez ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang berlangsung di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 3 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang KWSP (Pindaan) 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Dewan Rakyat lulus RUU CCUS 2025, beri peluang pengembangan pelaburan, ekonomi negara
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini untuk memberi peluang kepada pengembangan pelaburan dan ekon