KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan lima usul yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan hari ini yang melibatkan pendanaan kerajaan serta percukaian.
Usul-usul yang diluluskan sebulat suara itu adalah Kumpulan Wang Pembangunan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), Perintah Kastam, Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa, Perintah Duti Eksais dan Perintah Cukai Jualan.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan ketika membentangkan usul Pemindahan Wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) berkata pemindahan baki wang terimaan berjumlah RM27.0 bilion Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sehingga akhir Mei 2023 di bawah seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) ke Kumpulan Wang Pembangunan.
Pemindahan itu dilaksanakan bagi membiayai sebahagian daripada keperluan pembelanjaan pembangunan 2023.
"Seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 memperuntukkan bahawa terimaan daripada MGII hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi," katanya.
Selain itu, Ahmad juga membentangkan usul Perintah Kastam yang melibatkan, antara lain, lanjutan pengenaan duti lambakan produk keluli dan pengenaan duti eksais ke atas produk cecair atau gel bernikotin yang digunakan dalam rokok eletronik.
Bagi Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa pula, Ahmad berkata perintah itu dikenakan ke atas pengeluaran buah kelapa sawit di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada kadar tiga peratus.
Mengenai Perintah Duti Eksais, Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata ia melibatkan bagi tujuan pengenaan duti eksais ke atas produk cecair dan gel bernikotin yang digunakan dalam rokok eletronik.
Sementara itu, katanya, Pewartaan Perintah Cukai Jualan pada 1 April 2023, adalah selaras dengan pengenaan duti eksais ke atas cecair atau gel bernikotin yang digunakan dalam rokok elektronik dengan kadar duti eksais sebanyak 40 sen bagi setiap milimeter, iaitu kadar yang sama seperti yang dikenakan ke atas cecair dan gel tanpa nikotin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemindahan baki wang terimaan berjumlah RM27.0 bilion MGII sehingga akhir Mei 2023 di bawah seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) ke Kumpulan Wang Pembangunan. - BERNAMA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).