Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 yang bertujuan menggalakkan ketelusan dalam pempameran, pengiklanan atau sebutan harga atau caj.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pindaan akta itu membolehkan kerajaan melaksanakan Dasar Harga Terangkum (DHT) yang memastikan pengguna tidak dikelirukan atau dimanipulasi oleh peniaga termasuk peniaga dalam talian.
"Biarlah harga yang dipamerkan peniaga tidak berubah lagi. Saya tidak mahu lagi melihat ada peniaga yang cuba menipu dan melakukan muslihat dalam pengiklanan mereka," katanya semasa menggulung perbahasan rang undang-undang itu hari ini.
Rang undang-undang itu dibentangkan semalam dan diluluskan hari ini selepas mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat menerusi undian suara.
Pindaan antara lain memperuntukkan mana-mana pertubuhan perbadanan yang melanggar peruntukan seksyen baharu itu boleh didenda dengan penalti am mengikut seksyen 57 akta sedia ada, tidak melebihi RM100,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, tidak melebihi RM250,000.
Bagi pihak yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Dalam penggulungannya, Hamzah berkata pindaan itu tidak menghalang peniaga menawarkan potongan harga kepada pembeli berdasarkan harga yang dipamer.
Terdahulu semasa perbahasan, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mencadangkan agar diwujudkan aplikasi khas untuk pengguna menyalurkan aduan secara terus kepada kementerian serta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.
Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) pula mencadangkan agar kementerian mengeluarkan garis panduan mengenai harga patut bagi produk makanan di kedai makan atau restoran mengikut harga pasaran bagi memudahkan pengguna membuat pilihan dan mengetahui harga yang sepatutnya dibayar.
Pada persidangan hari ini, Dewan turut meluluskan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017

Hamzah berkata pindaan kepada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan itu tidak menghalang peniaga menawarkan potongan harga kepada pembeli berdasarkan harga yang dipamer. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Dewan Rakyat lulus pindaan Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2017
Pindaan akta itu membolehkan kerajaan melaksanakan Dasar Harga Terangkum (DHT) yang memastikan pengguna tidak dikelirukan atau dimanipulasi oleh peniaga termasuk peniaga dalam talian.