Usaha blok pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 gagal selepas undi belah bahagian di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 106 menolak dan lima tidak hadir.
Susulan itu, Dewan Rakyat menerima usul berkenaan yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi penguntukan semula daripada Kumpulan Wang Disatukan sejumlah wang yang tidak melebihi RM7,184,083,200.
Ini berikutan penyusunan semula beberapa kementerian, penubuhan beberapa kementerian baharu dan pembubaran satu kementerian selaras dengan pembentukan kabinet baharu pada 10 Mac 2020.
Terdahulu, Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila ahli Parlimen blok pembangkang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.
Situasi itu menyaksikan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) meminta undi belah bahagian diadakan dan ini dipersetujui oleh lebih 15 ahli Dewan Rakyat yang lain.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang mempengerusikan sidang itu memerintahkan undi belah bahagi diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 46 (4) Dewan Rakyat dan loceng dibunyikan selama dua minit.
Sebelum proses undian berlangsung, Azhar menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan meninggalkan dewan.
Ini mengundang perbalahan ahli Dewan Rakyat di blok pembangkang yang mempersoalkan tindakan Azhar.
Antaranya Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) yang berkata: "Undi ini tidak sah kalau dibuat dalam tempoh Parlimen ditangguh."
Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) berkata: "Orang (ahli Parlimen) tak cukup ke?"
Pada 11 Ogos, Azhar ketika membuka sesi pembacaan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) menjelaskan tempoh proses undi belah bahagian dipanjangkan dengan tambahan 10 minit.
Ini bagi memberi masa secukupnya kepada ahli Parlimen untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagian dijalankan dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 serta jarak antara blok Parlimen dan blok pentadbiran.
Azhar kemudian memaklumkan rang undang-undang yang dibentang untuk bacaan kali kedua pada Khamis itu dipersetujukan.
Seramai 18 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang itu, antaranya Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian); Mohamad Sabu (PH-Kota Raja); Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi); dan Lim Guan Eng (PH-Bagan).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang mempengerusikan sidang itu memerintahkan undi belah bahagi diadakan.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).