KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang diharap dapat menjamin kesejahteraan sosial suri rumah, keluarga dan masyarakat menerusi skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang bakal diwujudkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika membentangkan rang undang-undang yang mengandungi 11 bahagian, 97 fasal dan lapan jadual itu untuk bacaan kali kedua hari ini, berkata pelaksanaan SKSSR oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) adalah perluasan jaringan keselamatan sosial kepada kumpulan masyarakat yang tidak dilindungi selama ini.
"Golongan ini turut sama terdedah dengan pelbagai masalah seperti kemalangan, penyakit, keilatan, masalah rumah tangga atau kenaikan kos sara hidup tanpa sokongan dari aspek bantuan kewangan dan penjagaan kebajikan.
"Golongan ini juga perlu diberi perlindungan sewajarnya kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ahli keluarga dan masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian dan menyumbang kepada keharmonian rumah tangga," katanya.
Mengenai had umur bagi perlindungan suri rumah, Awang berkata rang undang-undang itu hanya terpakai bagi suri rumah berumur kurang 55 tahun dan tidak terpakai untuk suri rumah yang mencapai umur 54 tahun serta tidak pernah mencarum dengan SKSSR.
Berhubung cadangan beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai menambah umur kelayakan liputan perlindungan kepada 60 tahun bagi SKSSR, beliau berkata had umur 55 tahun ditentukan sebagai liputan lindungan dan supaya skim itu diselaras dengan program i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Selain itu, kementerian turut mengambil kira suri rumah yang mempunyai simpanan KWSP boleh mengeluarkan simpanan KWSP apabila mereka mencapai umur 55 tahun manakala bagi suri rumah yang mempunyai anak mereka adalah cukup dewasa untuk menyara suri rumah berkenaan," katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.
Selain itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta untuk memberikan perlindungan menerusi skim itu kepada senarai suri rumah miskin tegar yang diambil daripada skim i-Suri pada tahun pertama caruman.
Mengenai caruman oleh suami kepada suri rumah bagi SKSSR, beliau berkata sekiranya suami mendaftar untuk membayar caruman bagi suri rumah menerusi skim itu, suami diwajibkan membayar caruman itu sebelum tempoh perlindungan tamat untuk memastikan kesinambungan perlindungan.
Rang undang-undang itu menyebut suri rumah yang mencarum dalam skim itu berhak mendapat faedah hilang upaya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal elaun layanan sentiasa, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
Awang berkata, pelaksanaan SKSSR oleh Perkeso adalah perluasan jaringan keselamatan sosial kepada kumpulan masyarakat yang tidak dilindungi selama ini. - Gambar/ Bernama
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).