KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.
RUU yang mengandungi tujuh Fasal itu antara lain bertujuan meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592) untuk memberi Menteri Kewangan kuasa untuk melanjutkan tempoh pembayaran cukai di bawah akta tersebut sekiranya berlaku kecemasan atau krisis kesihatan awam.
Pindaan tersebut juga bertujuan untuk membolehkan Menteri Kewangan menambah, memotong atau mengubah apa-apa terma dan syarat yang dikenakan menurut Akta 592 bagi melaksanakan tujuan Akta 592, dengan syarat bahawa notis munasabah diberikan kepada orang yang terikat dengan terma dan syarat itu.
RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah diluluskan selepas tujuh Ahli Parlimen berbahas.
Mohd Shahar berkata, RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 adalah bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 (Akta 592) dengan memasukkan peruntukan baharu dan mengemaskini peruntukan sedia ada untuk menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa.
Beliau berkata, pindaan akta ini juga membolehkan fasiliti tertentu diberikan kepada pembayar cukai khususnya semasa berlaku kecemasan awam dan krisis kesihatan awam.
Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022 yang mengandungi 10 Fasal dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 yang mengandungi tujuh Fasal.
RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2022, bagi meminda Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806), melibatkan pindaan ke atas empat seksyen sedia ada dan mewujudkan lima seksyen, satu jadual dan satu bahagian baharu dalam akta tersebut.
Mohd Shahar berkata, antara pindaan akta tersebut adalah bagi meluaskan skop kenaan cukai jualan dengan mengenakan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian dan barang tersebut diimport masuk ke Malaysia.
Pada masa ini, LVG bernilai RM500 dan ke bawah tidak dikenakan sebarang cukai apabila diimport masuk ke Malaysia selaras dengan kemudahan de minimis.
Mohd Shahar berkata, ini telah menyebabkan layanan tidak adil kepada peniaga tempatan kerana barangan yang diimport tidak dikenakan cukai, sedangkan barangan keluaran tempatan tertakluk kepada kenaan cukai jualan pada kadar yang ditetapkan.
RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2022 adalah bagi meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) yang antara lain bertujuan memberi fasilitasi kepada industri dan pembayar cukai lanjutan tempoh masa daripada yang telah ditetapkan di bawah akta tersebut.
Mohd Shahar berkata, pindaan ini juga berbentuk pentadbiran am yang bertujuan memberi kemudahan kepada pemain industri dan pembayar cukai.
Bernama
Thu Aug 04 2022

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.