KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menangguhkan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada hari ini sehingga pukul pada 1 petang, dan bersambung semula pada pukul 10 pagi, Selasa.
Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan pada pukul 12 tengah hari di Dewan Rakyat.
Jelas Ahli Parlimen Kota Bharu (Pas) itu, keputusan tersebut dibuat selepas satu mesyuarat tergempar diadakan bersama 11 Ahli Parlimen dan wakil Ketua Pengarah Kesihatan bagi usaha untuk mengekang pandemik COVID-19.
"Bangunan Parlimen terletak di bawah Parlimen Segambut dan ianya di bawah pentadbiran Pusat Kesihatan Daerah Kepong.
"Mesyuarat tersebut telah mengambil beberapa ketetapan yang pertamanya, suatu norma baharu berhubung Persidangan berdasarkan kepada faktor-faktor dengan syarat apa-apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan Dewan ini tidak menjejaskan hak Ahli-ahli Parlimen untuk bertanya soalan, dan berbahas di Dewan ini.
"Kedua pihak Parlimen akan mengendalikan satu tatacara pentabiran yang melibatkan catatan kehadiran Ahli-ahli Parlimen dan keluar masuk Dewan. Ketiga, ketua-ketua parti akan diberi arahan bagi memenuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetap oleh pihak Parlimen," katanya ketika membaca usul tersebut di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu, menjawab pertanyaan daripada Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) apakah rasional persidangan dipendekkan kerana banyak usul yang perlu dibahaskan untuk membantu rakyat.
Takiyuddin berkata, satu persetujuan bersama telah diputuskan semua wakil daripada parti yang turut disertai oleh Speaker Dewan Rakyat dan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mereka yang hadir pada perjumpaan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu antaranya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (wakil Barisan Nasional), Datuk Seri Hamzah Zainudin (wakil Bersatu), Datuk Seri Fadillah Yusof (wakil GPS) dan Datuk Johari Abdul (wakil PKR).
Hasimi Muhamad
Mon Nov 02 2020
Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan pada pukul 12 tengah hari di Dewan Rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Hubungan Malaysia-China melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.