KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan berada dalam situasi aman sepertimana sekarang jika tanpa pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Datuk Seri Ahmad Maslan.
Mengambil contoh laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2022, Ahli Parlimen Pontian daripada Barisan Nasional (BN) itu mendakwa, kedudukan Malaysia di tangga ke-18 negara paling aman di dunia antaranya dipengaruhi oleh akta tersebut.
"Pada 24 Julai, Insitut Ekonomi dan Keamanan (IEP) mengeluarkan laporan GPI yang mana mereka menggunakan 23 penunjuk kualitatif dan kuantitatif. Antara tiga faktor yang dirujuk ialah tahap keselamatan masyarakat, perkembangan konflik domestik dan antarabangsa serta tahap ketenteraan
"Negara paling aman di dunia ialah Iceland; New Zealand (kedua); Ireland (ketiga); Denmark (keempat); dan Austria (kelima).
"Singapura pula berada di kedudukan nombor sembilan dan Jepun (10). Maka, saya ingin umumkan Malaysia berada di tahap 18 paling aman di dunia daripada 194 negara di dunia, (dan) saya kira antara sebabnya ialah SOSMA," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
BACA: Dewan Rakyat: Subseksyen 4(5) SOSMA beri keadilan kepada orang ditahan
Ahmad berkata demikian ketika membahaskan Subseksyen 4(5) SOSMA, yang dibentangkan semula untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Membahaskan lagi, Ahmad turut merujuk beberapa kes jenayah yang berlaku sejak 2020, yang menggambarkan bahawa SOSMA diperlukan untuk menangani kejadian sedemikian.
"Kalau kita tidak ada SOSMA, saya ingin menyatakan di sini pada 18 Februari 2020, kita ada tangkapan 18 individu oleh polis.
"(Daripada jumlah tersebut), 12 merupakan warganegara Malaysia, Bangladesh (empat); dan Pakistan (dua). Apa yang mereka lakukan ialah menggodam sistem imigresen dan bayangkan kalau kita tiada SOSMA?" ujarnya lagi.
Bagaimanapun, dakwaan yang dibuat Ahmad dipertikaikan oleh Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam), yang mengemukakan persoalan adakah Iceland yang dikategorikan sebagai paling aman juga melaksanakan SOSMA di negara itu.
Selain itu, Ahmad turut menyentuh mengenai persetujuan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan (PH).
Antara persetujuan tersebut, dakwa Ahmad ialah Ahli Parlimen pembangkang perlu mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul atau RUU daripada kerajaan.
"Saya ingin mengingatkan mengenai rakan-rakan yang tidak setuju, di mana Perkara 3.3b (dalam MoU) menyatakan hendaklah mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-paa usul kerajaan. Ini sudah ditandatangani," katanya.
Namun, Khalid dan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) bangkit mempersoalkan perkara itu, dan meminta Ahmad agar tidak mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kandungan MoU tersebut.
"Saya sebahagian daripada jawatankuasa pelaksana (MoU). Jangan Mengelirukan dewan," kata Fahmi.
Pada 23 Mac lalu, usul tersebut gagal diluluskan selepas tidak mendapat jumlah undian mencukupi.
Begitupun minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya membatalkan keputusan Dewan Rakyat
pada 23 Mac lalu, yang menolak usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA untuk lima tahun lagi.
Ia sekali gus membolehkan KDN mengemukakan semula usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA yang akan berakhir 31 Julai ini di Dewan Rakyat.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 26 2022
Malaysia tidak akan berada dalam situasi aman sepertimana sekarang jika tanpa pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Datuk Seri Ahmad Maslan. - Gambar fail
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Dewan Rakyat: Malaysia negara ke-18 aman di dunia disebabkan SOSMA - Ahmad Maslan
Akta SOSMA mempengaruhi Malaysia sebagai antara negara paling aman di dunia, dakwa Ahmad Maslan.