KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan sebanyak 31.4 juta pelancong pada 2025, dengan jumlah pendapatan pelancongan kira-kira RM125.5 billion.
Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, sasaran tersebut meningkat lebih 4 juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
"Bagi tahun 2023 jumlah ketibaan pelancong yang direkodkan berjumlah 20.1 juta dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM71.3 billion.
"Bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah 35.6 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan berjumlah RM147.1 billion," katanya dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) yang mahu kementerrian menyatakan berapa sasaran pulangan pelancongan kepada ekonomi negara dan apakah program dan langkah-langkah untuk menarik lebih banyak pelancong asing untuk melawat Malaysia.
Mengulas lanjut, Khairul Firdaus (GRS-Batu Sapi) berkata MOTAC memerlukan sokongan padu daripada kerajaan negeri, penggiat industri pelancongan serta rakyat bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Jelas beliau, sehingga kini empat Negeri juga mengumumkan kempen tahun melawat negeri pada tahun 2024 iaitu Melaka, Perlis, Kelantan dan Perak.
"Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 merupakan agenda negara dalam pelancongan.
"Bagi menjayakan kempen tersebut, MOTAC memerlukan sokongan padu kerajaan negeri, penggiat industri pelancongan negara serta sokongan rakyat dalam membuat persiapan rapi menerima kedatangan lebih ramai pelancong asing ke Malaysia," katanya lagi.
Khairul Firdaus menambah MOTAC melalui agensi penyeliaannya Tourism Malaysia akan meneruskan penyertaan akif dalam pameran pelancongan antarabangsa bagi memastikan penjenamaan Malaysia Truly Asia kekal menjadi pilihan pelancong seluruh dunia.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 11 2024
![Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026 Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710134020_MOTACFirdausAkbar.jpg)
Khairul Firdaus (foto) berkata, sasaran tersebut meningkat lebih 4 juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini. -Foto Japen
![Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis buru individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
![Kampung baru Cina antara produk pelancongan menjelang TMM 2026 Kampung baru Cina antara produk pelancongan menjelang TMM 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737959846_tbMajlisHiasanPeny.jpg)
Kampung baru Cina antara produk pelancongan menjelang TMM 2026
Terdapat sebanyak 613 kampung baru Cina di seluruh negara dengan setiap kampung mempunyai keunikan masing-masing dari segi sejarah, seni dan budaya.
![MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712829048_TBcutiraya.jpg)
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
![VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736414510_TBKINGSING.jpg)
VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong
Pemain industri pelancongan digesa supaya bersiap sedia dan meningkatkan perkhidmatan mereka selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
![Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659054_TiongKingSing.jpg)
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
![TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736251264_TBLAWAT.jpg)
TMM2026: Tourism Malaysia optimis capai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong
Tourism Malaysia optimis kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) mampu mencapai sasaran kedatangan lebih 35.6 juta pelancong tahun depan sekali gus merancakkan sektor pelancongan negara.
![Ernie Zakri teruja dipilih nyanyi lagu Tahun Melawat Malaysia 2026 Ernie Zakri teruja dipilih nyanyi lagu Tahun Melawat Malaysia 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736216261_erniezakri.jpg)
Ernie Zakri teruja dipilih nyanyi lagu Tahun Melawat Malaysia 2026
Ernie menyifatkan peluang yang diberikan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu merupakan tanggungjawab besar buatnya untuk negara tercinta.
![TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736143337_TBTiongKingSing.jpg)
TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dilaksanakan dengan berteraskan dua tonggak utama iaitu Pelancongan Berimpak Tinggi dan Pelancongan Mampan.
![Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679053586_TiongKingSing.jpg)
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
![Tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dibincangkan hari ini Tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dibincangkan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729571620_ASEAN.jpg)
Tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dibincangkan hari ini
Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
![KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728380793_KhairulFirdausAkba.jpg)
KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus
Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 (KCCM 2024), yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf menjanjikan pelbagai tawaran menarik.