Kerja-kerja penyelenggaraan struktur dewan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth Johor, akibat dimakan anai-anai, dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya telah memulakan tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sejak Januari lalu.
"Merujuk laporan media berkaitan struktur dewan SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor akibat dimakan anai-anai, KPM ingin memaklumkan bahawa perkara itu sememangnya dalam perhatian kementerian," katanya hari ini.
Menurutnya, selaras dengan hasrat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkualiti, terutama bagi murid berkeperluan khas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sendiri telah meminta kerja-kerja pembaikan berkenaan disegerakan sebaik hal itu dibawa ke perhatian beliau.
"Kementerian sentiasa prihatin dan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan," menurut kenyataan itu lagi.
Isnin lalu, media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor Aminolhuda Hassan meminta KPM menyegerakan kerja baik pulih struktur dewan sekolah tersebut yang keadaannya semakin teruk akibat dimakan anai-anai.
Aminolhuda berkata keadaan dewan berkenaan yang dilihat boleh membahayakan murid, telah ditutup hampir setahun setelah isu itu dikesan.
Pihak KPM di bawah Bahagian Pendidikan Khas juga, katanya, sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.
Astro Awani
Fri May 24 2019

Aminolhuda (kiri) pada 20 Mei lalu melakukan tinjauan bersama guru besar SKPK Princess Elizabeth, Mohd Dini Karim (kanan) di dewan sekolah berkenaan yang ditutup selama setahun akibat serangan anai-anai. --fotoBERNAMA/Fail

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Bapa mentua Aminolhuda meninggal dunia akibat strok
Bapa mentua kepada Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan meninggal dunia akibat strok, di Hospital Sultanan Aminah (HSA) di sini pagi tadi.

Jawatankuasa induk jentera pilihan raya PH Johor dibentuk
Jawatankuasa itu akan diketuai Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan bagi menghadapi PRK kedua kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.

Amanah Johor harap anak tempatan jadi calon PRK
Aminolhuda berkata, perkara tersebut antara yang dicapai hasil mesyuarat yang diadakan bersama pimpinan Amanah negeri.

Muhyiddin mohon peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen bantu mangsa banjir
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya jumlah bantuan berkenaan dinaikkan.

PRU15: Wujudkan polisi pengambilan pekerja asing - Calon
Syarikat industri turut digesa mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding warga asing.

PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.

PRN Johor: PH umum tiga teras tawaran kepada rakyat Johor
Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.

PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.

18 kerusi DUN Johor 'ditinggalkan' Bersatu akan dibahagi secara muafakat dalam PH
Sebuah jawatankuasa pengagihan kerusi DUN antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sudah ditubuhkan di peringkat negeri.