Penggiat seni dan penganjur program hiburan perlu meneliti secara holistik Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang diwartakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Dr Khairuddin berkata, penggiat seni dan penganjur program hiburan juga perlu mengakui kewajaran penguatkuasaan garis panduan itu dan memikul tanggungjawab bersama dengan pihak berkuasa untuk membendung masalah sosial yang kian semakin meruncing.
"Amat tidak tepat dan tidak wajar sekali apabila ada penggiat seni dan penganjur program hiburan membantah dan mengkritik keras garis panduan yang disediakan ini semata-mata kerana tidak bersetuju dengan larangan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semasa mengadakan latihan atau raptai; dan larangan percampuran antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, garis panduan itu amat penting untuk membendung gejala sosial di peringkat awal memandangkan anak muda sekarang mudah tertarik dan terpengaruh dengan lima aspek utama yang digariskan dalam garis panduan ini iaitu artis, persembahan, lagu, penganjuran program hiburan dan klip video.
BACA: Jakim sedia beri penjelasan tentang garis panduan hiburan
BACA: Apa kata media sosial tentang garis panduan hiburan terbaru Jakim?
Jelas anggota parlimen Kuala Nerus itu, budaya hiburan dapat didisiplinkan sekaligus mengelakkan daripada berlakunya masalah sosial dalam masyarakat jika kelima-lima aspek ini diatur dengan suatu garis panduan yang tepat dengan ajaran agama dan adat tempatan.
Dr Khairuddin berkata, hiburan yang dihayati di konsert, jika tidak dipandu dengan suatu garis panduan yang tepat, sangat berupaya memesongkan nilai baik yang wujud dalam diri terutamanya terhadap generasi muda.
"Apa yang dibimbangkan ialah mutakhir ini banyak sangat penganjuran berbentuk hiburan. Konsert mega 'Life in Color' yang dijadualkan pada 19 April 2014 nasib baik dibatalkan berikutan tragedi MH370 dan begitu juga dengan 'Topless Friday Beach Party' yang dibatalkan setelah mendapat bantahan orang ramai.
"Malangnya tetap ada lagi konsert lain seperti konsert 'Future Music Festival Asia' yang telah meragut beberapa nyawa anak muda Islam akibat pengambilan dadah. Selepas itu ada lagi program hiburan yang sangat memalukan maruah umat Islam setelah terdapat insiden gadis Melayu-Islam dipeluk dan memeluk; dicium dan mencium artis dari Korea," katanya.
Katanya, Islam tidak melarang budaya berhibur, cuma perlu dibuat secara terkawal dan terarah, dan bukan hanya untuk mencari keseronokan semata-mata dengan cara amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas perundangan dan nilai keagamaan.
Jakim mewartakan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) selepas mendapat kelulusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-107 pada Februari lalu.
Antaranya, artis perlu mempunyai peribadi mulia dan tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah sama ada di bawah undang-undang syariah atau sivil, penampilan yang sopan dan beradab, serta melarang lelaki dan perempuan bercampur dalam satu persembahan yang boleh menimbulkan fitnah.
Astro Awani
Tue Apr 21 2015

KHAIRUDDIN: Dewan Ulama PAS sokong Garis Panduan Hiburan Dalam Islam
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Muktamar kecoh seketika kerana isu 'putuskan hubungan dengan DAP'
Beberapa ahli perwakilan PAS tidak puas hati dengan usul memutuskan kerjasama dengan DAP oleh Dewan Ulama PAS Pusat.

Dewan Ulama PAS sokong Garis Panduan Hiburan Dalam Islam
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata penggiat seni dan penganjur program hiburan perlu mengakui kewajaran penguatkuasaan garis panduan itu.

Ingkar terhadap Presiden satu kesalahan mandatori - Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS bersetuju menjadikan pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura dan keputusan Presiden parti, merupakan kesalahan mandatori.

Dewan Ulama PAS tidak harus buat benda remeh temeh - Dr Maszlee
Dewan Ulama PAS sepatutnya menjadi satu institusi yang mempunyai ciri dinamisme dan bukannya berurusan dengan perkara remeh temeh, kata Dr Maszlee Malik.

Dewan Ulama PAS Pusat lulus usul ambil tindakan disiplin terhadap 2 Adun di Selangor
Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul tindakan disiplin dikenakan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang dan Morib.

MB Selangor sedia ada perlu kekal - Dewan Ulama PAS
Pertukaran Menteri Besar Selangor adalah tidak perlu dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu kekal pada jawatannya, tegas Dewan Ulama PAS.

PAS ulangi pendirian laksana hukum Hudud
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini mengulangi pendirian mereka untuk melaksanakan hukum hudud, biarpun mendapat tentangan daripada rakan dalam pakatan pembangkang.