Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi,12, telah selamat pulang ke rumah pada jam 10.45 malam.
"Polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang individu berkaitan kehilangan anaknya kira-kira jam 7.40 petang pada Sabtu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini dilaporkan polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak keluar dari sebuah rumah beralamat di Jalan Dinar F U3/F, Seksyen U3, Shah Alam kira-kira jam 9 pagi pada Sabtu. -- Sinar Harian
