Sepasang suami isteri menjejaki ibu kandung kepada anak angkat mereka dikenali Nur Aaliya Safiyya yang baru berusia 30 hari, dipercayai berada di sekitar utara Semenanjung.
Azizul Ariffin, 32 tahun, dari Taman Serindit berkata, dia bersama isteri, Rasliny Abd Razak, 35 tahun, mengambil anak angkatnya itu sejak berusia tiga hari di mana proses penyerahan itu dibuat di hadapan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, 13 Mac lalu.
Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa bayi berkenaan diserahkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri oleh ibu kandung yang berusia 20-an kepada seorang wanita di Kota Kuala Muda pada 12 Mac lalu.
“Wanita itu bersetuju untuk mengambil bayi tersebut kerana ibu kandung bayi itu mengatakan tidak mahu menjaga anak tersebut dan sanggup membiarkan di mana-mana sahaja,” katanya.
Menurut Azizul, atas dasar belas kasihan, wanita berkenaan cuba menyelamatkan Nur Aaliya sebelum diserahkan kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dalam urusan kebajikan berkaitan.
“Kami juga tanya wanita itu dan NGO berkaitan tentang ibu kandung Nur Aaliya Safiyya, namun mereka kata dia sudah menghilangkan diri. Nombor telefon yang dibagi juga tidak dapat dihubungi,” katanya.
Azizul berkata, pencarian ibu kandung bertujuan melengkapkan syarat melalui permohonan mendapatkan sijil kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara yang masih lagi belum diluluskan sehingga kini.
Katanya, bayi comel seberat anggaran 3 kilogram semasa dilahirkan itu dipercayai dilahirkan dalam sebuah rumah di Pulau Pinang, pada jam 7 malam, 11 Mac lalu.
Menurut Azizul, dia dan isteri amat menyayangi bayi tersebut dan bersedia menjaga seperti anak sendiri setelah menunggu 10 tahun untuk mendapat cahaya mata.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Azizul di talian 019-4706255.
Sinar Harian
Wed Apr 11 2018
![Di manakah ibu Nur Aaliya Safiyya? Di manakah ibu Nur Aaliya Safiyya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523410643_Ibukandungdicari.jpg)
Pencarian ibu kandung bertujuan melengkapkan syarat melalui permohonan mendapatkan sijil kelahiran. - Foto Sinar Harian
![‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual ‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739080514_tbjurujualSetiaC.jpg)
‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
![COVID-19: Trump umum sekatan perjalanan ke semua negara Eropah kecuali UK COVID-19: Trump umum sekatan perjalanan ke semua negara Eropah kecuali UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583978620_DonaldTrump.jpg)
COVID-19: Trump umum sekatan perjalanan ke semua negara Eropah kecuali UK
kesemua perjalanan dari Eropah akan digantung selama 30 hari.
![Skim harga barang: Tempoh dilanjutkan, lebih barangan disenaraikan Skim harga barang: Tempoh dilanjutkan, lebih barangan disenaraikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41557933103_TBKPDNHEP.jpg)
Skim harga barang: Tempoh dilanjutkan, lebih barangan disenaraikan
Tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini lebih panjang iaitu 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini.
![Di manakah ibu Nur Aaliya Safiyya? Di manakah ibu Nur Aaliya Safiyya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523410643_Ibukandungdicari.jpg)
Di manakah ibu Nur Aaliya Safiyya?
Ibu kepada bayi berusia 30 hari itu dicari bagi melengkapkan syarat mendapatkan sijil kelahiran JPN yang masih belum diluluskan.
![RoS akan keluar notis pembubaran PPBM RoS akan keluar notis pembubaran PPBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51514879038_PPBM.jpg)
RoS akan keluar notis pembubaran PPBM
Notis pembubaran akan dikeluarkan terhadap PPBM jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki RoS dalam tempoh 30 hari.