“INSYA-ALLAH, jika dipermudah. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan."
Itu jawapan pelakon Sharifah Amani kepada Astro Gempak selepas ditanya adakah dia bakal menamatkan status bujang pada tahun ini.
Sharifah Amani, 36, mengulas spekulasi bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat selepas gambar sedang menggayakan pakaian pengantin tular.
Pelakon "Sepet" itu ditemui selepas tayangan perdana Astro Original series, "Murder by Moonlight" di GSC Mid Valley Megamall, petang Selasa.
Apabila ditanya siapakah gerangan yang menawan hatinya itu, Sharifah Amani mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkannya sebelum mereka disatukan dengan ikatan yang sah.
"Kami memang tak mahu uar-uarkan, lebih lagi, dalam media sosial. Ini kerana apapun dilakukan pasti ada yang tidak kena pada mata netizen.
"Sekarang, kami tak nak cakap apa-apa. Harap-harap selepas berkahwin bolehlah saya memperkenalkannya," ujarnya yang juga anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar.
Pun begitu menurut Sharifah Amani apa yang membuatkan hatinya tertarik kepada jejaka yang kini tunangnya itu adalah kerana kebijaksanaannya.
“Apa yang boleh saya cakap dia warga negara Malaysia dan kami sudah empat tahun berkenalan. Dia juga bukan dalam kalangan industri hiburan.
"Saya memang tertarik dengannya kerana dia seorang yang bijak dan lucu," dedahnya.
Terdahulu, Sharifah Amani mengesahkan dirinya bertunang dengan jejaka pilihan di kediaman keluarganya melalui hantaran dalam Instagram (IG).
Menerusi hantaran yang sama, pelakon itu memuat naik foto memaparkan cincin di jari manis dan kelibat seorang lelaki dipercayai tunang di belakang tangannya.
Dalam perkembangan seni Sharifah Amani bakal muncul dalam siri Murder by Moonlight bersama barisan pelakon lain seperti Sara Ali, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.
Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos.
Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.
Kisah "Murder By Moonlight" bermula apabila seorang novelis jenayah dan misteri ditemui mati di sebuah resort di pulau terpencil.
Pengurus hotel, Ameera bertindak sebagai detektif wannabe dan telah mengesyaki pembunuh antara 12 tetamu di hotel itu.
Disebabkan terperangkap di pulau, jadi semua orang yang ada di situ tidak boleh ke mana-mana, mahupun keluar dari pulau tersebut.
Mereka bukan hanya bimbang kehabisan bekalan makanan tetapi mereka mungkin terperangkap bersama dengan pembunuh yang dicari! -Gempak
Gempak
Wed Jul 27 2022

Sharifah Amani, 36, mengulas spekulasi bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat selepas gambar sedang menggayakan pakaian pengantin tular. -Gempak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Sharifah Amani umum kehamilan
Pelakon filem Sepet itu hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan CEO Impact Integrated, Ahmed Faris Amir pada 10 September 2022.

La Luna filem pecah tanah One Cool Film! Tampilkan Shaheizy Sam, Sharifah Amani
One Film Film juga merancang untuk menerbitkan beberapa filem lain tahun ini dan dalam pada yang sama, berhasrat untuk melabur dalam penerbitan beberapa naskhah lain.

Sharifah Amani bergelar isteri Ahmed Faris
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

'Dia seorang yang bijak, lucu' - Sharifah Amani dedah identiti cinta hati selepas nikah
Sharifah Amani mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkannya sebelum mereka disatukan dengan ikatan yang sah.

Sharifah Amani umum sudah bertunang
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan tahniah termasuklah rakan artis.

Kempen Apa Khabar Anak Seni terjemah solidariti pekerja industri kreatif
Kempen Apa Khabar Anak Seni menjadi ruang untuk kalangan pekerja industri kreatif bertanya khabar dan mengetahui kedudukan masing-masing.

'Sepet' ditayangkan di YouTube secara percuma minggu ini
Peminat turut boleh menyatakan sebarang pertanyaan kepada barisan bintang di ruangan komen.

"Nak viral pergi belajar dengan Instafamous" - Redza Minhat sindir pelajar minta bantuan artis demi 20,000 views
Siapa setuju?

Lantikan Pengerusi Finas: 'Kalau tiada perubahan, saya tak tahu nak cakap apa!' - Sharifah Amani
"Kalau nothing changes saya tak tau nak cakap apa lah. Selamat bertugas semua! Hans Isaac dilantik pengerusi Finas," tulis Sharifah Amani.

Sharifah Amani, Misha Omar, Erra Fazira sertai kumpulan penyampai berita Komuniti AWANI
Program terbaharu Komuniti AWANI memberi peluang kepada anda untuk berkongsi kisah-kisah kemanusiaan yang akan kami bawa ke skrin televisyen.