KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa tiada keperluan untuk beliau berucap pada sidang kemuncak Dialog Shangri-La di Singapura baru-baru ini sebaliknya lebih mementingkan perbincangan dua hala bersama pemimpin negara lain.
Beliau berkata perbincangan bilateral di antara menteri-menteri pertahanan dan kepimpinan angkatan tentera pada sidang itu dilihat lebih berkesan bagi menyampaikan pendirian Malaysia berkenaan isu pertahanan dan keselamatan negara berbanding berucap di khalayak umum.
"Bila kita buat sesi pleno ataupun sidang kemuncak, kita berucap, kebanyakan pemimpin negara tiada dalam tu yang ada cuma orang ramai yang menghadirinya, pelajar dan lain lain.
"Bagi saya, saya utamakan perbincangan dua hala dan saya berjaya mengadakan (berbincangan dua hala) dengan 13 negara, antaranya...dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, Menteri Pertahanan China dan banyak negara Eropah yang berminat untuk mengetahui pendirian Malaysia berkenaan dengan keadaan di Indo Pasifik, Selat Taiwan dan di Laut China Selatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Laman Media (pusat media) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di sini hari ini.
Mohamad mengulas kenyataan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan keputusan Ahli Parlimen Rembau itu yang tidak berucap di sidang kemuncak Dialog Shangri-La di Singapura pada hujung minggu lalu.
Menurut Mohamad, sesetengah perkara membabitkan pertahanan tidak sesuai diketengahkan kepada khalayak umum sebaliknya lebih baik dibincangkan secara dua hala bersama individu-individu berkepentingan.
"Kadang-kadang tentang pertahananan ini, kita tidak boleh jadikan sebagai forum awam, pendirian negara kita itu bolehlah, itu pun saya buat kenyataan.
"...tapi benda-benda lain lebih baik kita mengadakan perbincangan bilateral, itu lebih mendatangkan faedah daripada kita bercakap yang mendengarnya (cuma) pelajar-pelajar universiti dan orang-orang perseorangan sahaja," katanya.
Sementara itu, beliau turut berharap agar ahli-ahli UMNO tidak terganggu dengan 'cakap-cakap' daripada mereka yang telah dikenakan tindakan gantung atau dipecat daripada parti.
"Seperti yang saya ucapkan pada ucapan perasmian persidangan sayap-sayap tempoh hari, kita tak mampu lagi berpecah-pecah, kita tak mampu lagi berselisih dan berpuak-puak.
"Kurangkanlah sindir-menyindir antara satu sama lain, jika ada cadangan dan pandangan untuk kebaikan parti ataupun menegur parti, gunakan saluran yang sedia ada dalam parti untuk kita bincangkan dan kita perbaiki apa jua kelemahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Mohamad berkata, perbincangan bilateral di antara menteri-menteri pertahanan dan kepimpinan angkatan tentera pada sidang itu dilihat lebih berkesan bagi menyampaikan pendirian Malaysia berkenaan isu pertahanan dan keselamatan. - Gambar fail
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.