GEORGE TOWN: Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.
Jurucakap Pemuda Gerakan negeri Mohd Aswaad Jaafar mempersoalkan kenapa Ahli Parlimen Bagan itu boleh hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 Sept lepas, sedangkan beliau diarah menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
"Menurut peguam beliau, Lim perlu menjalani kuarantin kendiri pada 1 hingga 10 Sept dan tidak dapat menghadiri perbicaraan di mahkamah hari ini tapi mengapa beliau boleh menghadiri Sidang DUN pada 2 Sept lalu?
"Kami membuat satu laporan polis berkenaan isu ini untuk meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia seumpama beliau tidak menghormati mahkamah," katanya kepada wartawan selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.
BACA: Lim Guan Eng dikuarantin, bicara ditangguh ke 22 Sept
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan laporan polis itu dan berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut.
Terdahulu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam perbicaraan kes empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021

Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng (foto) kerana didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri. - Gambar fail/BERNAMA

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pelantikan timbalan menteri mengecewakan - Pemuda Gerakan
Pelantikan menteri dan timbalan menteri amat penting kerana melalui penempatan itu ia memberi signal tentang hala tuju yang ingin diambil.

Didakwa langgar kuarantin: Pemuda Gerakan buat laporan polis terhadap Guan Eng
Pemuda Parti Gerakan Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Pakatan tanpa PAS, kerajaan Selangor dipimpin parti mana? - Keng Liang
Tan Keng Liang menggesa Parti Keadilan Rakyat dan DAP tampil menjelaskan bentuk kerjasama di dalam kerajaan negeri Selangor selepas PAS tidak lagi diterima dalam pakatan tersebut.

Kerajaan P.Pinang didesak beri maklumat tepat penutupan WWW - Pemuda Gerakan
Pemuda Gerakan Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri dan Taman Tema Wet World Wide memberi maklumat tepat dalam isu penutupan taman tema itu.

Pertarungan satu lawan satu bagi jawatan No 1 dan 2 Pemuda Gerakan
Pertandingan satu lawan satu akan berlangsung antara timbalan Ketua Pemuda kebangsaan Oh Tong Keong dan Ketua Pemuda negeri Kedah, Tan Keng Liang.