PELAKON terkenal Fasha Sandha menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kini makin sakan menari di media sosial kerana mahu menunjukkan bentuk badannya yang semakin kurus.
Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, dirinya sememangnya merupakan seorang yang periang dan gemar menari sejak dahulu lagi tanpa mengira keadaan bentuk badannya.
“Video membuktikan daripada zaman berisi atau bulat, saya tetap berjoget. Semalam ada beberapa komen mengatakan bila dah kurus terus berjoget.
“Terima kasih sister di atas teguran, cuma agak tersilap faktanya.
"Seketul Fasha Sandha ni adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy. Gemuk atau berisi ke, saya tetap joget dan happy.
“Tiada masa nak edit gambar atau video nak jadikan saya kurus dalam gambar mahupun video,” tulisnya.
Penjelasan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Rampas Cintaku itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, Fasha turut memberitahu yang dia tidak perlu berasa malu dengan keluarga mentua kerana menjadi dirinya sendiri.
“Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Sebab saya berjoget?
"Pada saya, tak perlu malu untuk jadi diri sendiri sister. Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit.
“Juga selalu iri hati pada orang dan berhati tak bersih. Tiada siapa pun sempurna di dunia ni sister, tiada siapa layak untuk menilai sesiapa pun.
“Saya tetap bahagia dan enjoy. Dulu dan sekarang.
"Jadi, fakta yang mengatakan saya, berisi saya berbeza tu, tak tepat ye. Saya tetap sama,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji reaksi jujur Fasha selain turut menasihatinya supaya mengabaikan komen-komen negatif.
“Saya suka kapsyen Fasha. Banyak sangat manusia gila menegur sahaja.
“Ini cara terbaik untuk membalas semula komen seperti ini. Nampak sangat yang mereka tak ikut perjalanan Fasha.
"Tahu-tahu nak fitnah sahaja. Tak mengapa, kami masih sayang Fasha.
“Dah memang dia jenis suka berjoget dan happening. Yang cakap macam tu jenis yang murung setiap hari dan berkurung dalam bilik.
"Diri sendiri ada perangai masing-masing,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Fasha mendedahkan dirinya terpaksa menurunkan berat badan secara mendadak kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dirinya tampil kurus
Dia juga menafikan dakwaan segelintir pihak tubuhnya kini langsing adalah disebabkan menjalani prosedur bariatrik atau potong usus. -Media Hiburan
Media Hiburan
Wed Aug 23 2023
Menurut Fasha, dia sememangnya merupakan seorang yang periang dan gemar menari sejak dahulu lagi tanpa mengira keadaan bentuk badannya. -Media Hiburan
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Seramai 176 warga asing ditahan dalam satu operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, malam ini.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya
Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.
Fasha Sandha tepis tanggapan sedang hamil, muntah teruk sebab keracunan makanan
Masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
'Kita lebih hargai yang follow' - Video kontroversi tak halang pengikut Fasha Sandha bertambah 25,000
Sentiasa bersikap positif, Fasha berkata bilangan pengikutnya kini melebihi jumlah yang menekan butang unfollow.
Didakwa menari sakan di IG untuk tayang badan kurus, ini respons Fasha Sandha
Menurut Fasha, dia sememangnya merupakan seorang yang periang dan gemar menari sejak dahulu lagi tanpa mengira keadaan bentuk badannya.
Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha Sandha
Kemesraan Afiq Shazwan dengan Fasha Sandha sekadar memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah drama.
'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15
Menurut Fasha, baju yang berharga mahal tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan perasaannya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu.
Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha
Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit.
Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal
Jaga pemakanan dan imbangi dengan bersenam merupakan kunci kejayaan bagi seseorang untuk menurunkan berat badan.