JOHOR BAHRU: Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang menjelaskan beliau tidak dipanggil lembaga disiplin atau diberi peluang membela diri berhubung tindakan penggantungan selama enam tahun yang dikenakan parti ke atasnya.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tiram, itu reda dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat.
"Saya reda walaupun saya sangat sayang parti yang banyak jasanya kepada agama, bangsa dan negara.
"Selama 42 tahun saya menjadi ahli dan saya bermula daripada peringkat cawangan dan bergiat dalam aktiviti kebajikan serta kemasyarakatan.
"Mungkin silap saya kerana kadang kala tidak sehaluan dengan Presiden.
"Tak apalah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku," katanya menerusi muat naik di laman Facebooknya pada Sabtu.
Beliau turut mendoakan agar UMNO pulih semula dengan pemimpin dan kepimpinan yang diterima bukan sahaja ahli parti tetapi pengundi serta rakyat.
"Semoga UMNO dapat kembalikan semula roh perjuangan yang berlandaskan asas penubuhan parti iaitu untuk menjaga agama, membela bangsa seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan memajukan negara berbilang kaum yang tercinta ini.
"Saya mohon maaf kepada semua yang mengenali saya baik dalam parti atau pun di luar sekiranya sepanjang khidmat saya sebagai pemimpin kerdil ini terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang tak disengajakan mahupun kekurangan yang ada pada diri saya," ujarnya.
Selain Maulizan, turut digantung selama enam tahun ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.
Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023

MAULIZAN: Saya reda walaupun saya sangat sayang parti yang banyak jasanya kepada agama, bangsa dan negara. -Foto Sinar Harian

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

UMNO sedia terima rayuan Hishammuddin dan Maulizan - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau terbuka untuk menerima surat rayuan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Maulizan Bujang berhubung penggantungan mereka.

Digantung tanpa dipanggil bela diri - Maulizan
Beliau turut mendoakan agar UMNO pulih semula dengan pemimpin dan kepimpinan yang diterima bukan sahaja ahli parti tetapi pengundi serta rakyat.

Lebih lima calon berhasrat tanding dua jawatan tertinggi UMNO - Ketua UMNO Tebrau
Gelombang yang mahukan perubahan semakin terasa dan mula menonjolkan diri serta mahu menguji keabsahan dua jawatan tertinggi parti.

Biar Zahid bercuti sehingga tamat tempoh - UMNO Jerantut
Memandangkan beliau masih memegang jawatan itu, seelok-eloknya beliau dibiarkan menghabiskan tempoh menyandang jawatan tersebut sehingga 2021.