SHAH ALAM: Sebanyak 42 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit rendah, antara Januari hingga 15 Mac.
Pengarahnya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata arahan itu dikeluarkan, semasa Operasi Premis Bersih (OPB) yang dijalankan pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM), bersama-sama sembilan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta dua Pejabat Kesihatan Pintu Masuk (PM) di seluruh negeri.
Beliau berkata pelaksanaan OPB itu bertujuan memastikan premis makanan bebas daripada apa-apa keadaan yang boleh menyebabkan pencemaran makanan.
"Hasil operasi ini secara keseluruhannya antara Januari hingga Mac (15 Mac), sebanyak 673 premis makanan telah diperiksa dan 42 premis diarahkan tutup kerana hurungan LILATI selain mendapat markah rendah.
"Selain itu, sebanyak 462 Notis 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dengan nilai kompaun berjumlah RM287,200, dikeluarkan ke atas semua pemilik premis dan pengendali makanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Sha'ari juga menyeru semua pengusaha makanan di Selangor, sentiasa memastikan premis dan produk jualan mematuhi Akta Makanan 1983 serta peraturan berkaitan.
"Pengguna juga dinasihatkan supaya sentiasa peka dan bijak memilih premis makanan serta boleh menyalurkan maklumat berkaitan premis kotor atau produk makanan kepada PKD terdekat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) atau Facebook JKNS," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Sebanyak 42 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit rendah, antara Januari hingga 15 Mac. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Ada najis tikus, tiga premis makanan di Tanjung Bunga diarah tutup
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam.

Dihurung lipas, lalat dan tikus, 42 premis makanan di Selangor diarah tutup
Sebanyak 42 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana hurungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit rendah, antara Januari hingga 15 Ma

58 premis makanan kotor di Melaka diarah tutup tahun lepas
Sebanyak 58 premis makanan kotor di negeri ini diarah tutup kerana gagal mencapai standard kebersihan ditetapkan sepanjang tahun lepas.

34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.

Hidang mi segera berulat, premis makanan diarah tutup
Video berdurasi 58 saat itu memaparkan mi segera ayam goreng yang dipesan pelanggan mula tular di media sosial.