KUANTAN: Penerima-penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur dilarang mempamerkan atau melekatkan lambang Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang pada kenderaan masing-masing.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Mencegah Penggunaan Tidak Wajar Pahang 2017 diperuntukkan bagi mencegah penggunaan tidak wajar lambang yang ditetapkan, gelaran atau anugerah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
"Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah adalah dengan ini diberi peringatan kepada penerima-penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur untuk tidak mempamerkan atau melekatkan lambang Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang pada kenderaan," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujar beliau, penerima yang didapati melanggar dan melakukan kesalahan di bawah enakmen ini akan berhadapan tindakan penarikan balik Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat yang telah dikurniakan.
"Selanjutnya bagi mana-mana individu yang didapati menggunakan gelaran palsu boleh didakwa di bawah peruntukan yang sama.
"Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini mohon kerjasama dari pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut," tambah beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 14 2023
![Dilarang pamer, lekat lambang darjah kebesaran pada kenderaan Dilarang pamer, lekat lambang darjah kebesaran pada kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697249903_Dilarangpamerleka.jpg)
Penerima-penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur dilarang mempamerkan atau melekatkan lambang Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang pada kenderaan masing-masing. - Gambar hiasan/Sinar Harian
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Dilarang pamer, lekat lambang darjah kebesaran pada kenderaan Dilarang pamer, lekat lambang darjah kebesaran pada kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697249903_Dilarangpamerleka.jpg)
Dilarang pamer, lekat lambang darjah kebesaran pada kenderaan
Penerima yang melanggar dan melakukan kesalahan di bawah enakmen ini berdepan tindakan penarikan balik Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat.