RAUB: Polis menafikan telah menahan van putih yang didakwa digunakan penjenayah untuk kegiatan menculik kanak-kanak di sebuah perumahan di sini seperti yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak Isnin.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, gambar van putih yang berada di pekarangan Balai Polis Dong yang tular itu sebenarnya kenderaan milik Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Raub.
Menurutnya, van tersebut digunakan pegawai dan anggota yang menjalankan tugas Ops Tapis di hadapan balai polis itu.
"Siasatan turut mendapati tiada jenayah culik kanak-kanak berlaku dalam kawasan pentadbiran Balai Polis Dong seperti didakwa.
"Beberapa keping gambar van putih yang dirakam berlegar-legar di kawasan Perumahan Murah Dong yang ditularkan sebelum itu juga bukan digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak.
"Hasil siasatan nombor pendaftaran van jenis Era Komuter itu mendapati ia didaftarkan atas nama sebuah syarikat beralamat di Taman Kemajuan, Simpang Kallang di sini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohd Shahril berkata, berdasarkan siasatan, van dipandu seorang lelaki itu sebenarnya datang ke kawasan perumahan tersebut kira-kira jam 8.30 pagi pada Sabtu lalu untuk mengambil peserta rombongan ke Kuala Lumpur dan bukan penculik.
"Orang ramai dinasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan suasana panik dan kebimbangan orang ramai," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 27 2022

Antara gambar van putih yang tular kerana didakwa digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak di sebuah kawasan perumahan di Dong yang tular melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp. - Foto ihsan PDRM

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bongkar taktik pemandu van putih Thailand
Ulat pelancong yang memandu van mewah yang kebanyakannya milik persendirian itu dikesan melalui Ops Khas Van Putih JPJ.

Dilihat berlegar-legar: 'Van putih tular milik polis, bukan penculik'
Polis menafikan telah menahan van putih yang didakwa digunakan penjenayah untuk kegiatan menculik kanak-kanak di sebuah perumahan di Raub.

Bergurau tak kena tempat, dakwaan diculik van putih rupanya palsu
Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata remaja tersebut membuat laporan awal pagi tadi, namun polis mengesan keterangannya mencurigakan dan didapati palsu.

Tak wujud sindiket culik, jual organ di Malaysia - Polis
Walaupun polis telah beberapa kali membuat kenyataan tidak wujud kegiatan sedemikian di Malaysia, berita palsu itu masih lagi ditularkan.

10 maut, 16 cedera dirempuh van di Toronto
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 16 lagi cedera apabila sebuah van putih merempuh sekumpulan pejalan kaki di Toronto, Kanada, pada Isnin.

Laporan pelajar diculik di Pandan Indah tular disiasat
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Hamzah Alias berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kes cubaan culik tersebut dan sedang meneliti perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

Polis edar gambar suspek serangan van di Barcelona
Driss Oubakir, berusia lingkungan 20-an dikenal pasti menerusi dokumen yang digunakannya untuk menyewa van tersebut.