LEDAKAN teknologi maklumat dalam dunia kebahasaan semakin mendapat perhatian masyarakat. Mutakhir ini sebuah syarikat penyelidikan dan pembuatan kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI), Open AI, secara rasminya telah melancarkan Chat Generative Pre-Trained Transformer (ChatGPT) pada 30 November 2022.
Chat bermaksud sembang manakala Generative Pre-Trained Transformer (GPT) menjurus pada model pembelajaran mesin atau sistem yang menggunakan kaedah pembelajaran mendalam bagi menjana teks secara maya yang mirip pada pemikiran manusia secara realitinya (Mysumber.com, 2023).
Secara umumnya ChatGPT merupakan model bahasa yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penulisan, pembacaan dan percakapan dalam bahasa yang difahami. Bot sembang ChatGPT ini mampu memproses teks dalam jumlah yang besar kerana menggunakan data raya (big data) daripada Internet dengan penggunaan teknologi pembelajaran mesin untuk mempelajari padanan bahasa.
Selain itu, pengguna juga boleh melaksanakan tugas pemprosesan bahasa secara semula jadi dengan sangat berkesan.
Jika sebelum ini ChatGPT dijadikan sebagai sebuah bot sembang yang dimanfaatkan oleh ahli perniagaan dan usahawan dalam urusan pengurusan pelanggan namun kini penggunaannya diperluas dan dipelbagaikan untuk memudahkan hal-hal yang berkaitan dengan penulisan sama ada penulisan karangan, esei, tesis, jurnal, kandungan media sosial dan yang berkaitan dengannya.
Ciptaan AI ini berfungsi sama atau hampir sama dengan pemikiran manusia. Model yang dilatih menggunakan korpus teks data raya ini mampu melaksanakan korelasi statistik yang terdapat dalam bahasa natural. Oleh yang demikian, pengguna boleh mendapatkan respon yang tepat dari segi tatabahasa dan koherennya.
ChatGPT boleh diakses secara percuma dengan melayari laman web ChatGPT tertentu untuk pendaftaran akaun dan log masuk. Pengguna boleh menyatakan apa saja soalan pada ruang yang disediakan dan klik pada pautan atau butang yang tertera.
Jawapan akan dijana dan dipaparkan pada ruang jawapan. Selain menjawab soalan yang dikemukakan, ChatGPT juga mampu menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan dengan bahasa melalui pemprosesan bahasa secara semula jadi.
Model bahasa autoregresif yang dicipta boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran kebahasaan dengan mudah bagi menghasilkan teks yang seakan-akan sama dengan teks yang dihasilkan oleh manusia dalam pelbagai bidang ilmu.
Dalam konteks dinamika bahasa, ChatGPT berupaya menyediakan kandungan dalam bidang-bidang kebahasaan termasuk pendidikan, penterjemahan dan penulisan. Guru, pensyarah atau tenaga pengajar dalam sektor pendidikan boleh mencipta isi kandungan pembelajaran, silibus atau modul pelajaran berdasarkan tahap kemampuan pelajar atau murid dan mendapatkan sumber rujukan serta menerokai pelbagai strategi pengajaran yang bersesuaian.
Latihan kebahasaan juga boleh dimanfaatkan dengan kemudahan pemahaman terhadap isi dan isu subjek bahasa. Penjanaan teks yang tidak dihadkan ini memberi kecenderungan kepada pengguna untuk mencipta teks tanpa had maksimum.
Proses penterjemahan teks daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran juga dilihat lebih mudah dan berkesan. Kecenderungan berlakunya kesilapan terjemahan sangat tipis dan ini menampakkan kesan kebolehterimaan proses terjemahan tersebut dengan tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
Secara amnya, pembinaan ChatGPT lebih dominan untuk menghasilkan kerja terjemahan dan penulisan dalam bahasa Inggeris. Namun begitu ia masih boleh digunakan untuk bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Melayu dengan prestasi dan tahap kemampuan yang tidak menyeluruh atau mungkin juga kurang baik.
Proses penulisan dengan menggunakan ChatGPT dilihat sebagai salah satu kaedah mengatasi masalah writer’s block.
Writer’s block merupakan masalah kebuntuan idea yang berlaku terhadap penulis atau pengkarya. Mereka kehilangan kecenderungan untuk menulis sehingga menyukarkan pengakhiran karya mereka. Dengan kemudahan ChatGPT ini pengkarya boleh memanfaatkannya dengan bot sembang untuk mendapatkan pendapat atau jawapan bagi setiap permasalahan dalam penulisan sama ada dalam penulisan kreatif, umum dan ilmiah.
ChatGPT cenderung menganalisis teks secara keseluruhan walaupun respons yang diberikan menidakkan tentang emosi dalam penulisan teks tersebut. Namun sekurang-kurangnya masalah ini dapat diatasi dengan kaedah yang sewajarnya.
Kendatipun ChatGPT mampu menyelesaikan masalah bahasa secara dinamik dengan data raya yang mengagumkan, aplikasi ini masih mempunyai kekurangan dan wajar dibaiki dan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Antara kelemahannya ialah ChatGPT sukar memahami konteks dan situasi yang kompleks sehingga ia memberikan jawapan yang kurang tepat, tidak relevan dan kemungkinan salah.
Disebabkan AI dicipta dan dilatih pada tahun 2021 maka kemungkinan untuk ChatGPT memahami perkembangan terkini dan isu-isu yang berkaitan dengan peristiwa selepas 2021 adalah kurang memuaskan.
Berkemungkinan juga ChatGPT tidak tepat memberikan jawapan dalam memahami perubahan trend terkini teknologi digital kerana latihan yang diterima dan perisian yang terkandung dalam data raya hanya sehingga September 2021 dengan andaian ia belum 100 peratus mampu mengakses maklumat terkini yang berlaku selepas tarikh tersebut.
Perkembangan teknologi ChatGPT ini juga memberi kecenderungan berlakunya kes plagiat atau peniruan khususnya terhadap bahan penulisan atau teks yang dihasilkan sehingga keasliannya juga boleh dipertikai. Hal ini mengundang bahaya kerana ia berdepan dengan Akta Hak Cipta1987.
Kesimpulannya, perluasan penggunaan bahasa Melayu dalam ChatGPT seharusnya dimanfaatkan kerana bahasa itu bersifat dinamik.
Teknologi sebegini mampu membantu mengimarahkan bahasa Melayu dalam konteks tertentu walaupun ia tidak boleh menjadi pengganti kepada manusia kerana manusia mempunyai emosi yang kuat selain akal yang waras dan kemahiran interpersonal dalam penghasilan sesuatu produk bahasa.
Pengguna perlu memahami keterbatasan ChatGPT untuk membuat rujuk silang dengan bahan dan dokumen lain selain perlu bijak memastikan hasil yang terbaik dalam penggunaan ChatGPT.
* Azura Halid ialah seorang pencinta bahasa yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Fri May 12 2023
Kendatipun ChatGPT mampu menyelesaikan masalah bahasa secara dinamik dengan data raya yang mengagumkan, ia masih mempunyai kekurangan. - Gambar hiasan/Reuters
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ChatGPT diguna untuk rancang letupan Tesla Cybertruck di Las Vegas - Polis
Suspek menggunakan ChatGPT untuk mengetahui jumlah bahan letupan yang diperlukan untuk operasi itu serta menyelidik potensi letupan.
Kini boleh berbual, tanya ChatGPT melalui WhatsApp
Dengan penawaran ini, pengguna boleh lakukan panggilan suara untuk talian khusus menggunakan WhatsApp.
Pelanggan ChatGPT Plus, Pro kini boleh berinteraksi melalui video dengan chatbot
Pengguna boleh melakukan panggilan video untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
OpenAI perkenal Sora kepada pengguna ChatGPT berbayar
Pengguna Sora boleh menjana video pada resolusi sehingga 1080p, dengan durasi sehingga 20 saat.
Meta AI kini mempunyai hampir 600 juta pengguna aktif
Mark Zuckerberg sendiri menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan terkemuka dunia menjelang penghujung 2024 ini.
ChatGPT akan 'tergendala' jika anda bertanya tentang individu-individu ini
ChatGPT Akan Tergendala Jika Akan Bertanya Mengenai Individu-Individu Ini
xAI bakal buka studio permainan video AI
xAI akan menjadi syarikat kedua selepas Netflix yang akan membuka sebuah studio permainan video menggunakan AI.