KUALA LUMPUR: Dipaksa melacur dan tidak dibayar gaji, itu nasib dialami seorang wanita warga asing yang berjaya diselamatkan menerusi serbuan di sebuah premis di Taman Fadason, Jinjang pada Sabtu.
Wanita berumur 39 tahun itu ditemui bersama 17 wanita warga asing yang lain menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Jinjang.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 11 pagi berdasarkan risikan dan maklumat awam yang diterima.
"Seramai 19 individu telah ditangkap, 18 daripadanya terdiri daripada wanita warga asing berusia antara 25 hingga 39 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran.
"Selain itu, turut ditahan ketika serbuan adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai penjaga kepada kesemua wanita warga asing yang ditahan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, siasatan awal mendapati salah seorang daripada wanita yang ditahan telah dipaksa melacur dan tidak dibayar gaji.
"Mangsa telah masuk ke Malaysia pada dua minggu yang lepas melalui Stulang Johor untuk bekerja sebagai khidmat pelayan pelanggan (GRO) namun dipaksa menjadi pelacur dan dibawa ke sebuah hotel di Kuala Lumpur.
"Manakala selebihnya mengaku bekerja sebagai GRO tanpa paksaan dan menerima gaji hasil dari perkhidmatan yang telah mereka tawarkan," katanya.
Menurutnya, kesemua mereka didapati telah bekerja selama lebih kurang dua tahun di Malaysia dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Seramai 17 wanita yang ditahan direman 14 hari manakala lelaki tempatan yang ditahan direman enam hari bagi siasatan lanjut.
"Mahkamah telah meluluskan permohonan polis untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama (21) hari bagi tujuan melindungi dan menempatkan mangsa yang telah dipaksa menjalankan aktiviti pelacuran tersebut di Rumah Perlindungan," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 15 2022
![Dipaksa melacur, tidak dibayar gaji Dipaksa melacur, tidak dibayar gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660520827_Dipaksamelacurti.jpg)
Antara wanita warga asing yang dipercayai terlibat sindiket pelacuran ditahan dalam serbuan di sebuah premis. -Foto Sinar Harian
![Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738917216_PempengaruhMintaM.jpg)
Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.
AWANI Ringkas: Badminton: Tidak perlu tukar sistem 21 mata
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738917078_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter di Bentong: Siasatan BSKU dijangka selesai hari ini
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar di Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh BSKU dijangka selesai hari ini.
![Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738903789_TBSaidatulZakirah.jpg)
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.
Kekurangan tenaga kerja halang inovasi AI sektor kesihatan
Malaysia berdepan cabaran besar dalam mengadaptasi teknologi AI dan digital dalam sektor kesihatan awam akibat kekurangan tenaga kerja mahir. Dengan lebih 8,000 kekosongan jururawat dan ribuan jawatan doktor belum diisi, pakar menegaskan keutamaan kini adalah memastikan tenaga kerja mencukupi bagi mengoptimumkan sistem kesihatan digital negara.
![Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Rumah ibadat bukan Islam: JAKIM boleh beri nasihat, tapi tidak bersifat dasar
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional.
[TERKINI] JAKIM boleh beri nasihat tapi tidak bersifat dasar
Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memberi nasihat kepada umat Islam di negara ini berkaitan keperluan menjaga akidah ketika mengikuti majlis anjuran masyarakat bukan Islam membabitkan unsur keagamaan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat berkata, nasihat terbabit tidak bersifat dasar.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
AWANI Ringkas: Jenayah penipuan pelaburan catat kerugian tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kriteria PPKM: Kekuatan kewangan kukuh, dengan modal RM10 juta
Mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh dengan modal berbayar RM10 juta, berstatus Sdn Bhd dan pemilikan tempatan antara kriteria utama pelantikan PPKM. #AWANInews
![Tawar khidmat seks RM60 di Jalan Pudu, lapan ditahan polis Tawar khidmat seks RM60 di Jalan Pudu, lapan ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732421590_TBopsnoda.jpg)
Tawar khidmat seks RM60 di Jalan Pudu, lapan ditahan polis
Kebanyakan pelanggan warga tempatan dan warganegara asing dengan purata langganan seorang pelacur lima hingga 10 orang.
![Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731225769_Hotelbajetpelacur.jpg)
Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL
Polis menahan 21 wanita warga asing dipercayai pelacur dalam serbuan Op Noda Khas #KLStrikeForce di lima hotel murah sekitar sini malam tadi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.
![Kanak-kanak diculik nyaris dijual kepada sindiket pelacuran - Ketua Polis Selangor Kanak-kanak diculik nyaris dijual kepada sindiket pelacuran - Ketua Polis Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729165047_DatukHusseinOmarK.jpg)
Kanak-kanak diculik nyaris dijual kepada sindiket pelacuran - Ketua Polis Selangor
Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dekat sini Selasa lepas dipercayai turut dicabul kehormatan selain cuba dijual kepada sindiket pelacuran.
![Budak 12 tahun mangsa culik dicabul, hampir dijual kepada sindiket pelacuran Budak 12 tahun mangsa culik dicabul, hampir dijual kepada sindiket pelacuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729156667_DatukHusseinOmar.jpg)
Budak 12 tahun mangsa culik dicabul, hampir dijual kepada sindiket pelacuran
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang diculik di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, 8 Oktober lalu, dipercayai menjadi mangsa cabul serta cuba dijual kepada sindiket pelacuran di ibu negara.
![Imigresen tahan 117 individu termasuk 85 GRO warga asing Imigresen tahan 117 individu termasuk 85 GRO warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722066161_JabatanImigresenMa.jpg)
Imigresen tahan 117 individu termasuk 85 GRO warga asing
Jabatan Imigresen menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dengan menahan 117 individu termasuk wanita warga asing dalam operasi khas.
![SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara
Menerima imbuhan dan bersekongkol dengan sindiket pelacuran, beberapa anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
![Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720196383_TBpelacuran.jpg)
Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu semalam.
![Polis bongkar pelacur guna hotel bajet tawar khidmat seks RM100 Polis bongkar pelacur guna hotel bajet tawar khidmat seks RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719117832_tbkegiatanpelacuran.jpg)
Polis bongkar pelacur guna hotel bajet tawar khidmat seks RM100
Seramai 16 wanita warga asing dari sebuah negara di benua Afrika yang berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun ditahan.
![Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716620356_sindiketpelacuran.jpg)
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
![Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715668315_gengbala.jpg)
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.