PANDEMIK COVID-19 terus melumpuhkan dunia, dengan harapan masyarakat global begitu tinggi untuk mendapatkan vaksin yang selamat dan dipercayai.
Ketika ini, lebih daripada 160 vaksin berada di pelbagai peringkat ujian dan pembangunan.
Ia kini telah menjadi 'perlumbaan utama' buat para saintis untuk melihat siapakah yang berjaya menghasilkan vaksin pertama COVID-19 yang berkesan.
Pada awal Ogos lalu, Rusia mengumumkan mereka berjaya mencipta vaksin pertama virus tersebut, selepas mendakwa mereka sentiasa di hadapan dalam penghasilan vaksin buat bertahun lamanya termasuk vaksin Ebola dan MERS.
Difahamkan, Rusia kini menerima permohonan lebih 1 bilion dos vaksin daripada 20 negara.
Rusia mungkin telah mengumumkan kejayaan mereka, tapi wujud persoalan mengenai keupayaan dan keselamatan vaksin tersebut.
Pertama, Rusia tidak melengkapkan peringkat akhir ujian klinikal dan kedua tiada data diterbitkan daripada ujian-ujian sebelumnya.
Namun sejauh mana proses diplomasi vaksin dapat dilaksanakan bagi negara-negara yang bukan pengeluar mahupun pengkaji vaksin COVID-19 ini.
India sebagai contoh. Setiausaha Luarnya, Harsh Vardhan Shringla ketika di Dhaka, Bangladesh sebelum ini, telah mengumumkan bahawa mereka menawarkan vaksin COVID-19.
Katanya, Bangladesh akan diberi keutamaan dalam akses kepada vaksin yang dihasilkan India.
'Diplomasi vaksin' India ini muncul tatkala pesaing strategik mereka, China membuat tawaran sama kepada Bangladesh.
Media tempatan China melaporkan, duta mereka di Dhaka, Li Jiming telah menawarkan untuk menjadi 'sukarelawan pertama' bagi ujian fasa ketiga vaksin Sinovac di Bangladesh.
Selepas lebih sebulan perbincangan diadakan, Dhaka akhirnya pada 27 Ogos lalu memutuskan membenarkan ujian Sinovac dilakukan di negara itu.
China juga menawarkan akses sama vaksin mereka kepada Pakistan dan beberapa negara lain di Afrika dan Asia Tenggara.
Bagaimanapun, sebelum membekalkan vaksin COVID-19 kepada negara lain, India yang menjadi antara negara yang merekodkan kes tertinggi perlu melakukan vaksinasi kepada 1.3 bilion populasinya.
Setuju atau tidak, Malaysia hanya boleh mendapatkan vaksin dengan dasar kerajaan semasa.
Malaysia sebelum ini telah menawarkan diri untuk menjadi negara penguji kepada ujian klinikal vaksin yang kini dibangunkan China.
Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpandangan ASEAN perlu mengutamakan diplomasi vaksin kerana tidak ada negara yang akan kembali normal tanpa vaksin untuk mengekang pandemik tersebut.
"Dalam setiap krisis, ada peluang yang terselindung. Diplomasi vaksin adalah salah satu daripadanya yang mana COVID-19 telah menyedarkan kita untuk tidak lagi berada dalam zon selesa selain perlu menerokai bidang kerjasama baharu yang boleh memberi manfaat," katanya pada sambutan Hari ASEAN ke-53 pada awal Ogos lalu.
Justeru, kerajaan kini perlu melihat negara pengeluar vaksin manakah boleh membekalkannya kepada Malaysia, selain apakah ia selamat dan bagaimana tahap ketika ujian dijalankan.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Aug 31 2020

Diplomasi vaksin sangat penting ketika ini di mana Malaysia hanya boleh mendapatkan vaksin menerusi dasar kerajaan semasa. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA