JERANTUT: Rumah seorang penanam anggur di Taman Seri Embun di sini tetap menjadi tumpuan sepanjang Ramadan kali ini.
Syed Norhaimi Syed Zin,57 memberitahu situasi tersebut berikutan beberapa pokok anggur manis jenis 'jubilee' dan 'ninel' kini sedang lebat mengeluarkan hasilnya baru-baru ini.
Menurutnya, ada mereka yang sanggup datang dari luar Jerantut seperti Johor selepas mengetahui kisahnya yang pernah dilaporkan Sinar Harian sebelum ini.
"Selain itu yang mana tidak tahu lagi usaha saya tanam anggur, mereka singgah dan menyangkakan ia plastik sebelum terkejut ia rupanya anggur yang sebenar.
"Mereka juga teruja bergambar di kebun anggur milik saya. Saya jangkakan buah ini akan matang dan masak sepenuhnya pada Aidilfitri nanti," katanya pada Rabu.
Tambahnya, penanaman anggur di laman rumahnya menyebabkan landskap unik hingga menjadi tarikan orang ramai.
Dalam pada itu, bekas kakitangan Risda itu juga memberitahu, buah anggur atau nama saintifiknya, Vitis juga menjadi pendapatan sampingannya susulan masyarakat mula tidak melepaskan peluang membeli anak pokok buah tersebut.
Syed Norhaimi mula mengusahakan tanaman anggur sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020 lalu.
"Saya dapatkan anak pokok yang berasal dari Eropah dan kemudiannya ditanam di sekeliling rumah dan menjual anak pokok RM100 hingga RM200 bergantung jenis varieti.
"Iklim Khatulistiwa menyebabkan anggur boleh mengeluarkan hasil lebih kerap berbanding iklim di Eropah hanya sekali untuk sepanjang tahun.
"Penanaman anggur tidak memerlukan kawasan luas selain boleh menentukan masa untuk keluarkan hasil," katanya.
Tambahnya, buat masa ini beliau telah melakukan proses cantuman dan sedang menunggu masa beberapa bulan lagi untuk mengeluarkan hasil.
"Tanaman anggur memerlukan tempoh hingga lapan bulan untuk matang," ujarnya.
Sebelum ini, Syed Norhaimi menanam anggur jenis masam, 'wine grape' sejak 20 tahun lalu serta strawberi sebelum beralih arah memilih varieti 'table grape'.
"Mungkin sambutan Aidilfitri nanti sedikit unik buat keluarga dan tetamu nanti kerana bakal merasai sendiri keenakan anggur yang ditanam saya," jelasnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Apr 14 2022
![Disangka plastik rupanya anggur betul Disangka plastik rupanya anggur betul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649901201_Disangkaplastikrup.jpg)
Buah anggur jenis 'jubilee' yang sedang mengeluarkan hasil. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730154900_tbShineMuscatAngg.jpg)
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
![Penanaman anggur jana ekonomi agropelancongan di Marang Penanaman anggur jana ekonomi agropelancongan di Marang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668224719_anggurmarang.jpg)
Penanaman anggur jana ekonomi agropelancongan di Marang
Penanaman anggur di Malaysia sememangnya perlu mengambil kira pelbagai faktor terutamanya suhu dan sinaran cahaya matahari yang bersesuaian.
![Disangka plastik rupanya anggur betul Disangka plastik rupanya anggur betul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649901201_Disangkaplastikrup.jpg)
Disangka plastik rupanya anggur betul
Penanaman anggur di laman rumahnya menyebabkan landskap unik hingga menjadi tarikan orang ramai.
![Kajian terbaharu dedah makan anggur mampu cegah serangan jantung, strok Kajian terbaharu dedah makan anggur mampu cegah serangan jantung, strok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641696945_anggur.jpg)
Kajian terbaharu dedah makan anggur mampu cegah serangan jantung, strok
Pengambilan serbuk anggur didapati berjaya meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting untuk pembentukan sistem imun yang kuat.
![Bekas pereka grafik tanam anggur, hasil hampir satu tan sebulan Bekas pereka grafik tanam anggur, hasil hampir satu tan sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631333415_ANGGURKAMPUNGBELUK.jpg)
Bekas pereka grafik tanam anggur, hasil hampir satu tan sebulan
Di sekeliling rumahnya sahaja terdapat 60 pokok anggur pelbagai jenis termasuk Ninel, Trans, Jupiter, dan Dixon.
![Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627093964_genericanggur.jpg)
Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak
BUAH antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin.