SPEKULASI mengenai Neelofa dikatakan masuk hospital baru-baru ini disebabkan bakal melahirkan anak keduanya akhirnya terjawab apabila pengacara dan usahawan terkenal itu tampil memberi penjelasan.
Isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz berkata, keadaannya baik sahaja dan masih menghitung hari untuk menyambut cahaya mata kedua.
Pengacara program Next To Neelofa ini memaklumkan dia dimasukkan ke hospotal atas nasihat doktor dan untuk pemantauan kesihatannya sahaja.
“Salam semua… Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan mash menghitung hari untuk menyambut anak kedua.
"Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan.
“Namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan saya,” jelas Neelofa menerusi laman Instastory miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Neelofa juga memberitahu dia dan suaminya akan berkongsi secara rasmi sekiranya sudah tiba masa bayi keduanya dilahirkan.
“Insya-Allah, kami akan kongsikan secara official bila sampai waktunya nanti. Mohon semua doakan yang baik-baik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, PU Riz ketika mengacarakan sebuah program televisyen pada Khamis memberitahu isterinya telah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Haris bersama gandingannya, Fakhrul Radhi dalam program menceritakan tentang situasi dia ketika itu tetap hadir ke program berkenaan walaupun ada urusan kecemasan. -- Gempak
Gempak
Sat Jul 01 2023

Terdahulu, PU Riz ketika mengacarakan sebuah program televisyen pada Khamis memberitahu isterinya telah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka. - Gempak

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman
"Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan, cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya."

'Isterix' mohon maaf, TheNoor nafi Neelofa terlibat hasilkan iklan berunsur lucah
"Kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran."

Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.

“Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi..” - Neelofa
Neelofa langsung tidak melatah dengan kecaman yang diterimanya malah mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan seorang pemanggil semasa segmen tersebut.

'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.

Izin suami dengan siapa saya berkawan wajib diberi keutamaan - Fazura
Fazura kongsi rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya untuk dinilai sendiri peminat.

Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.

Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.

"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.

Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.