KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata diskaun itu diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Dis 2022.
"Ini tanda keprihatinan kerajaan negeri membantu peminjam menyelesaikan baki pinjaman sekali gus membolehkan lebih ramai anak Pahang berpeluang membuat pinjaman bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Langkah ini juga dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam yang terkesan dengan COVID-19 dan peningkatan kos sara hidup ketika ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata peminjam diharapkan akan memanfaatkan tawaran diskaun itu yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan lebih baik dan bebas daripada bebanan hutang.
Untuk rekod, pada tahun 2021 Yayasan Pahang pernah menawarkan diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh itu, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.
Sejak penubuhannya dari tahun 1982 hingga kini, Yayasan Pahang telah membelanjakan RM1.4 bilion untuk pinjaman pendidikan yang melibatkan 1.684 juta penerima di seluruh Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
![Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658912247_MBPAHANG.jpg)
Wan Rosdy berkata peminjam diharapkan akan memanfaatkan tawaran diskaun itu yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan lebih baik. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tidak perlu tandatangan wakil rakyat dalam borang permohonan biasiswa pendidikan Pahang Tidak perlu tandatangan wakil rakyat dalam borang permohonan biasiswa pendidikan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683612682_KerajaanPahang.jpg)
Tidak perlu tandatangan wakil rakyat dalam borang permohonan biasiswa pendidikan Pahang
Keperluan mendapatkan tandatangan wakil rakyat pada borang permohonan biasiswa dan pinjaman pendidikan kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang (YP) telah dimansuhkan bermula tahun ini.
![Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658912247_MBPAHANG.jpg)
Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
![Yayasan Pahang belanja RM1.34 bilion untuk pendidikan anak negeri - MB Yayasan Pahang belanja RM1.34 bilion untuk pendidikan anak negeri - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655501524_DatukSeriWanRosdy.jpg)
Yayasan Pahang belanja RM1.34 bilion untuk pendidikan anak negeri - MB
Tahun lalu, sejumlah RM52 juta dibelanjakan bagi bantuan pendidikan untuk 61,721 pelajar.
![Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619110913_pelajaranpeningkat.jpg)
Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi
Rozita yang bekerja sendiri berkata penat lelahnya selama ini yang menumpukan perhatian terhadap akademik anak sulungnya itu ternyata tidak sia-sia.
![UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif COVID-19 UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618694153_UCYPdiarahtutup.jpg)
UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif COVID-19
Penutupan itu dibuat selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Taskforce COVID-19 Pahang yang diadakan pada Jumaat.
![Segera daftar pusat tahfiz tidak berdaftar - Yang di-Pertuan Agong Segera daftar pusat tahfiz tidak berdaftar - Yang di-Pertuan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51561130767_TBSultan.jpg)
Segera daftar pusat tahfiz tidak berdaftar - Yang di-Pertuan Agong
Baginda bertitah pendaftaran itu kelak membolehkan kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), menyalurkan bantuan yang sewajarnya demi kebajikan pelajar.
![Kerajaan PH hanya tahu jual aset - Najib Razak Kerajaan PH hanya tahu jual aset - Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51546675995_DSNajibRazak.jpg)
Kerajaan PH hanya tahu jual aset - Najib Razak
Beliau mengambil contoh penjualan kepentingan oleh Khazanah Nasional Berhad sebanyak 16 peratus dalam penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan IHH Healthcare Berhad.
![MB Pahang berbasikal pulang ke rumah selepas hadir sidang Dewan MB Pahang berbasikal pulang ke rumah selepas hadir sidang Dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61474642659_AdnanYaakob.jpg)
MB Pahang berbasikal pulang ke rumah selepas hadir sidang Dewan
Basikal jenis Nordic Track bernilai RM1,600 itu merupakan pemberian Yayasan Pahang dan diserahkan kepadanya semasa persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, berhenti rehat pagi tadi.