KUALA LUMPUR: Kira-kira 50% rakyat Malaysia melaporkan telah mengalami diskriminasi dalam pendidikan.
Daripada jumlah tersebut, 36% mengalami diskriminasi lisan, 21% mengalami gangguan atau buli, dan 18% dinafikan akses kepada peluang disebabkan identiti mereka.
Dalam satu kenyataan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sekolah Semua memaklumkan, responden muda (18-30) melaporkan lebih banyak pengalaman mengenai diskriminasi (59%) dalam pendidikan berbanding orang Malaysia yang lebih tua (46+ 43%; 31-45 45%).
“Responden India melaporkan kadar tertinggi mengalami diskriminasi lisan (54%) dan di nafikan akses kepada peluang disebabkan identiti mereka (40%) berbanding dengan kumpulan kaum lain.
Responden bukan Bumiputera (Cina 82%; India 85%) lebih cenderung daripada responden Bumiputera (66%) untuk mengklasifikasikan pengambilan berdasarkan kaum untuk kemasukan ke sekolah sebagai bentuk diskriminasi”, ujar kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut, responden India melaporkan lebih banyak pengalaman diskriminasi berdasarkan kaum di sekolah iaitu 87% berbanding kumpulan kaum lain.
Ia berdasarkan tahap sosio-ekonomi dalam pendidikan dialami oleh semua kaum, jantina dan kumpulan umur pada tahap yang sama (43-51%).
“Di antara mereka yang melaporkan mengalami diskriminasi dalam pendidikan, responden yang lebih muda lebih cenderung melaporkan bahawa mereka mengalami diskriminasi daripada pelajar lain yang berumur sama (71%) daripada kumpulan umur responden yang lain.
Dalam subset yang sama, responden India lebih cenderung mengaitkan pengalaman mereka mengenai diskriminasi yang dirasakan kepada guru (74%). Responden bukan Bumiputera (Cina 36%; India 40%) melaporkan pengalaman diskriminasi yang berpunca daripada dasar kerajaan dalam pendidikan pada kadar yang lebih tinggi berbanding responden Bumiputera (Melayu 15%; Bumi Lain 23%)”, kata kenyataan itu lagi.
54% melaporkan mengalami diskriminasi dalam pendidikan tidak melaporkannya kepada guru, pentadbiran sekolah, ibu bapa ataupun polis.
Di antara mereka yang tidak melaporkan pengalaman mengenai diskriminasi, 61% memetik bahawa mereka berasa laporan tidak akan membawa perubahan sebagai alasan untuk tidak melakukannya.
Di antara responden yang melaporkan pengalaman mereka mengenai diskriminasi kepada pihak berkuasa, 48% menyatakan bahawa tidak ada penyiasatan atau tindakan yang berlaku.
“Rakyat Malaysia mungkin salah memahami apa yang dianggap sebagai diskriminasi, kerana ada yang tidak menganggap kegagalan menampung ketidakupayaan belajar sebagai diskriminasi (23%) sementara ada juga yang menganggap ejekan bukan berdasarkan identiti sebagai diskriminasi (45%),” tambah kenyataan itu.
Soalan tinjauan tersebut dibuat oleh pasukan Sekolah Semua.
Ia dilakukan dengan menggunakan panel atas talian Vase.ai yang menggunakan kaedah sampel kuota aktif, di mana hanya orang yang dihubungi dibenarkan untuk mengambil bahagian.
Responden berumur 18 tahun ke atas disampel secara kuota mengikut statistik banci mengikut jantina, umur dan wilayah tempat tinggal. Lebihan kaum minoriti diambil untuk meningkatkan kekuatan statistik
bagi perbandingan anggaran antara kumpulan kaum.
Tinjauan ini merupakan kerjasama diantara Architects of Diversity iaitu inisiatif bukan untung yang bertujuan untuk merapatkan komuniti dan kumpulan identiti dalam kalangan belia di Malaysia bagi keadilan, keamanan dan kemampanan masa depan bersama Sekolah Semua - kempen sukarelawan anjuran AOD Malaysia yang bertujuan untuk membanteras diskriminasi berdasarkan identiti dalam pendidikan, yang merangkumi pelbagai identiti seperti bangsa, agama, jantina, bahasa dan kelas sosio-ekonomi.
Astro Awani
Thu Sep 16 2021

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sekolah Semua memaklumkan, responden muda (18-30) melaporkan lebih banyak pengalaman mengenai diskriminasi (59%) dalam pendidikan berbanding orang Malaysia yang lebih tua (46 43%; 31-45 45%).
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.

UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.

Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.

Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.

Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.