Perintah reman sehingga 25 Jan itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amierda Shasha Amir Shariffuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini hari ini.
Sumber memaklumkan kedua-dua suspek berusia 40-an itu ditahan kira-kira 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2015 hingga 2020 dengan menerima wang rasuah secara tunai dan juga melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik suspek dan juga adiknya.
"Kedua-dua suspek telah ditahan bersama seorang lagi individu semalam tetapi individu tersebut telah dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya.
Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
Beliau berkata SPRM turut menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire milik seorang suspek yang disyaki dibiayai syarikat tersebut.
-- BERNAMA