Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 yang dilancarkan hari ini akan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mapan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan.
Jelasnya, DKN 2030 juga akan meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan; berfikiran global dan kompetitif.
"Keempat, mempertingkatkan keupayaan usahawan tempatan dan industri kecil dan sederhana (PKS) dan kelima, menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap pada pelancaran DKN 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.
DKN 2030 merupakan dasar pertama di negara ini yang digubal secara komprehensif dan terkhusus dalam bidang keusahawanan.
Ia merupakan dokumen strategi jangka panjang bagi menetapkan hala tuju keusahawanan negara yang menggariskan objektif, sasaran, strategi serta inisiatif pembangunan ekosistem keusahawanan merentasi semua bidang industri dan merangkumi setiap peringkat usahawan dan masyarakat.
DKN 2030 juga menjadi tonggak kepada daya saing negara dan merupakan manifestasi kesungguhan Kerajaan dalam usaha merealisasikan matlamat Kemakmuran Bersama.
Dalam pada itu jelas Dr Mahathir, enam elemen teras dikenalpasti mampu memastikan kelima-lima objektif Dasar Keusahawanan terlaksana.
Ia termasuk pembudayaan keusahawanan, penjajaran semula sistem kawal selia dan capaian kepada pembiayaan kewangan, pengukuhan pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik serta penumpuan kepada perusahaan berteraskan inovasi.
Selain itu, elemen lain adalah pemerkasaan prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta lonjakan perusahaan berpotensi pertumbuhan tinggi.
Wan Syamsul Amly
Thu Jul 11 2019
![DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562819969_TBDKN.jpg)
Dr Mahathir berucap pada pelancaran DKN 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis. - Foto Astro AWANI
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Belanjawan 2020: Peruntukan lebih besar perlu untuk bangunkan usahawan tempatan - Redzuan Belanjawan 2020: Peruntukan lebih besar perlu untuk bangunkan usahawan tempatan - Redzuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81570722053_TBRIZQMALL.jpg)
Belanjawan 2020: Peruntukan lebih besar perlu untuk bangunkan usahawan tempatan - Redzuan
Ini selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030.
![Kerajaan sasar wujud usahawan yang boleh mencipta peluang kerja - Dr Mahathir Kerajaan sasar wujud usahawan yang boleh mencipta peluang kerja - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51564781909_TBanugerah.jpg)
Kerajaan sasar wujud usahawan yang boleh mencipta peluang kerja - Dr Mahathir
menerusi Dasar Keusahawanan Nasional 2030, kerajaan berharap untuk memupuk budaya keusahawanan bagi memandu sektor ini untuk menyumbang sehingga 50 peratus daripada KDNK menjelang 2030.
![DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562819969_TBDKN.jpg)
DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir
Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 yang dilancarkan hari ini akan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara.