PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Kewangan (MOF) sentiasa bekerjasama dalam pelbagai perkara termasuk melibatkan pelaksanaan konsep rangkaian tunggal 5G atau Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi Digital Nasional Bhd (DNB).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sebarang keputusan utama akan dilakukan Kabinet, bermakna suatu keputusan itu adalah secara kolektif.
"Tidak ada satu kementerian yang melakukan segala-galanya, jadi kita mesti sentiasa menerima hakikat dan mengiktiraf prinsip tanggungjawab kolektif.
"Kami melakukan bersama-sama (apa-apa keputusan) dan tidak ada masalah sama sekali. Kami akan terus bekerjasama, terus berunding dan melakukan perkara yang sewajarnya kerana keputusan tertentu sama ada kementerian saya atau perbendaharaan membuat keputusan. Keputusan besar akan dibuat oleh kerajaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan syarikat perkhidmatan telekomunikasi Unbox Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata KKMM dan MOF bersetuju untuk menyediakan kertas kerja bersama berhubung isu melibatkan 5G dan DNB supaya keputusan dapat dilakukan Kabinet dan sementara menunggu, program melibatkan 5G berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah dari segi pelaksanaan.
Pada masa sama, Annuar turut berterima kasih dengan penjelasan diberikan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung isu berkenaan dan kerajaan sentiasa bersedia memberikan penjelasan lanjut sekiranya jawapan pada persidangan Parlimen menimbulkan kesamaran.
Beliau berkata masa diberikan untuk menjawab sesuatu soalan di Parlimen amat pendek dan tidak mustahil boleh berlakunya kekeliruan.
Menurut Annuar, Tengku Zafrul telah menghubunginya terlebih dahulu sebelum membuat penjelasan berkenaan dan beliau tidak mempunyai sebarang masalah kerana mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain tanpa menunggu sesi mesyuarat.
"Saya sentiasa mengadakan perbincangan dan rundingan dengan Menteri Kewangan, malah sebelum memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan semasa sidang Parlimen, beliau telah menghubungi saya dan saya bersetuju agar Menteri membuat penjelasan lanjut.
"Saya rasa ini sangat penting untuk menjelaskan perkara itu dan saya harap tiada lagi polemik yang berpanjangan kerana sebenarnya memang banyak isu yang sedang diperbahaskan berhubung pelancaran 5G dan juga penubuhan DNB," katanya
Semalam, Tengku Zafrul dilapor menjelaskan konsep rangkaian tunggal 5G atau SWN telah dibincangkan secara bersama antara MOF dan KKMM di Kabinet sejak 2019.
Tengku Zafrul memberi penjelasan itu bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin pada sesi Dewan Rakyat pada 9 Dis bahawa tiada perundingan antara MOF dan KKMM mengenai pelantikan DNB sebagai pelaksana rangkaian dan infrastruktur 5G melalui model SWN.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021

Annuar berkata sebarang keputusan utama akan dilakukan Kabinet, bermakna suatu keputusan itu adalah secara kolektif. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.