KOTA BHARU: Kementerian Kewangan akan memulakan siri rundingan dan penawaran kepada semua syarikat telekomunikasi yang memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata proses rundingan tersebut dijangka siap sepenuhnya, pada Jun nanti.
"Kementerian Kewangan akan berurusan untuk mengeluarkan tawaran kepada semua syarikat yang mempunyai pengalaman menguruskan spektrum.
"Kalau tidak silap saya, ada tujuh atau sembilan syarikat yang pernah diberikan spektrum untuk menguruskan perkhidmatan telekomunikasi ini, jadi mereka ditawarkan untuk mula berunding dan mengambil saham pada harga yang diputuskan, dan kita harap mereka dpt menyegerakan rundingan ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tingkatan Enam daripada Parlimen Ketereh sempena program 'Back To School', di sini hari ini.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN), dengan membuka ruang untuk syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam DNB.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan yang kini memiliki 100 peratus ekuiti DNB akan menawarkan sehingga 70 peratus pegangan ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata proses rundingan tersebut dijangka siap sepenuhnya, pada Jun nanti. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.

Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.

Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.

Dasar pelaksanaan 5G dibentang ke Kabinet sebelum akhir suku pertama - Fahmi
Pada waktu ini KKD serta Kementerian Kewangan sedang meneliti apakah langkah dan kesan sekiranya mengambil sebarang pilihan yang dilakukan.

339 tapak 5G di Sarawak dijangka beroperasi sepenuhnya hujung tahun 2023
Kerajaan telah mengenal pasti dan sedang menyiapkan sebanyak 339 tapak di Sarawak bagi penyediaan akses perkhidmatan 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB).

Kerajaan belum buat keputusan cadangan syarikat telekomunikasi untuk pegang saham majoriti DNB
Kerajaan belum lagi membuat keputusan ke atas cadangan empat syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia yang mahu memiliki saham majoriti (51 peratus) dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

DNB : MoF akan mulakan sesi rundingan, penawaran kepada syarikat telekomunikasi - Annuar Musa
Kementerian Kewangan akan memulakan siri rundingan dan penawaran kepada semua syarikat telekomunikasi yang memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Tiada lagi kebimbangan DNB monopoli 5G, syarikat telco boleh tingkatkan perkhidmatan - Annuar
Usahasama di antara pihak swasta dan kerajaan dijangka dapat memberi perkhidmatan rangkaian 5G yang lebih murah kepada rakyat di negara ini.

5G: Kerajaan kekal pelaksanaan Rangkaian Borong Tunggal
Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) serta membuka pegangan saham sehingga 70 peratus dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Parlimen: "DNB tidak akan sama seperti 1MDB" - Yamani Hafez
Yamani Hafez berkata, kos keseluruhan bagi perkakasan dan infrastruktur rangkaian liputan 5G negara dianggarkan berjumlah RM12.5 bilion.