Kementerian Pendidikan menyeru agar isu doa di Sekolah Kebangsaan (SK) tidak diperbesarkan kerana doa yang dibacakan adalah untuk memperoleh kesejahteraan kepada semua pelajar dan guru termasuk bukan Islam.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan amalan doa di SK tidak sepatutnya menjadi isu.
"Doa sedemikian turut diamalkan di pejabat-pejabat selain majlis keraian yang dianjurkan orang perseorangan atau institusi sebagai ikhtiar manusia untuk melindungi daripada sebarang anasir yang boleh menjejaskan kesejahteraan umum," katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini petang tadi.
Pada masa sama, Mahdzir memperjelaskan kenyataan yang dibuatnya pada Selasa yang menyebut bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi terlalu Islamik.
Menurut beliau, SK tidak akan dibenarkan menjadi medan untuk penyebaran fahaman-fahaman Islam yang melampau seperti Daish dan lain-lain bentuk ajaran sesat yang menjurus kepada keganasan.
"Kementerian ingin menjelaskan bahawa tidak timbul isu berkaitan sesebuah sekolah itu Islamik atau tidak Islamik.
"Ia merupakan sistem yang dilaksanakan berlandaskan dasar-dasar yang ditetapkan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996," katanya.
Tambahnya, SK adalah medan memupuk perpaduan kaum daripada peringkat awal serta dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat serta lebih beraspirasi nasional.
Penjelasan oleh Mahdzir merujuk kepada portal berita yang melaporkan mengenai kenyataannya yang mengisytiharkan kerajaan tidak akan membenarkan sekolah kebangsaan menjadi terlalu Islamik.
Pada sidang media semalam, beliau antara lain diminta menjawab mengenai sebuah kajian yang mendedahkan bahawa ibu bapa bukan Islam tidak selesa dengan unsur keagamaan di sesetengah sekolah.
Astro Awani
Wed Aug 10 2016

MAHDZIR: Ia merupakan sistem yang dilaksanakan berlandaskan dasar-dasar yang ditetapkan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. -Gambar fail
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.

Tunku Azizah syor pendidikan wajib sehingga Tingkatan Lima
Saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya semua rakyat Malaysia diwajibkan bersekolah sehingga Tingkatan Lima, bagi membasmi kemiskinan dan menghentikan perkahwinan kanak-kanak.

Dua sekolah diberi peringatan kerana larangan doa, guna bahasa Cina di PSV - KP Pelajaran
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata pihaknya mengambil maklum kedua-dua isu yang tular di media sosial itu dan sedang mempertimbang mengambil tindakan tatatertib jika perlu.

Kementerian kaji cadangan wajibkan persekolahan hingga tamat SPM
Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari Tahun Satu sehingga tamat Tingkatan Lima.

Tindakan wajib solat tidak bercanggah dengan Akta Pendidikan
Salah satu langkah yang berkesan dan lebih praktikal dalam melaksanakan pembelajaran Pendidikan Islam adalah melalui amalan solat berjemaah di sekolah.

Langkah perkenal semula sekolah aliran Inggeris perlu perbincangan menyeluruh
Beliau berkata ia menjadi topik utama yang akan dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira pertimbangan dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian dan pihak-pihak berkaitan.

Doa untuk semua, termasuk kesejahteraan bukan Islam - Mahdzir Khalid
Sekolah kebangsaan tidak dibenar menjadi medan untuk penyebaran fahaman-fahaman Islam melampau seperti Daish dan lain-lain bentuk ajaran sesat yang menjurus kepada keganasan.