JAGUH pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi sudah bersedia sepenuhnya untuk 'terbang' ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengembangkan karier dan melanjutkan pelajaran di Universiti Auburn.
Atlet berusia 18 tahun itu akan berangkat ke negara Uncle Sam awal pagi pada Ahad untuk berkelana selama empat tahun di Alabama sehingga akhir Disember 2026.
“Semua sudah siap. Barang dan dokumen telah disediakan, cuma tunggu masa untuk berangkat sahaja.
“Terasa teruja dan tak sabar untuk merasai pengalaman baharu selama empat tahun. Saya akan pergi seorang diri dan ada wakil dari universiti tunggu di sana,” ujar Muhammad Azeem kepada Sukan Sinar.
Selain persiapan mental Muhammad Azeem turut mempersiapkan diri daripada aspek fizikal menerusi latihan yang dipantau jurulatih Ken Harnden dan Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah sejak November lalu.
“Selepas berakhir kejohanan di Jepun pada Oktober saya buat latihan dan menghantar laporan kepada Harnden selain dipantau jurulatih cikgu Amir.
“Ia bagi memastikan saya mengikuti program yang telah disusun untuk kekal cergas sebelum menyambung latihan di sana (AS),” katanya.
Pada masa sama, Muhammad Azeem kerap berhubung dengan Harnden yang prihatin tentang keperluannya termasuk makanan apabila berada di AS kelak.
Beliau juga mendapat 'layanan istimewa' apabila bakal disediakan menu khas yang halal dan memenuhi keperluannya sebagai seorang atlet.
“Pihak universiti peka soal makanan halal. Mereka ada bertanya, makanan apa yang boleh dimakan, termasuk daging halal. Mereka ada pakar nutrisi yang akan menjaga pemakanan saya dan atlet lain,” katanya.
Muhammad Azeem memilih Universiti Auburn kerana institut pengajian tinggi itu terletak di Alamaba sebuah bandar yang tidak terlalu sibuk dan padat.
“Suasana sekitar bandarnya juga tenang dan santai. Warga universiti juga amat mengalu-alukan kedatangan saya ke sana,” katanya.
Beliau juga memberitahu, sudah mendapat gambaran mengenai suasana pembelajaran dan latihan buat pelajar yang bergelar atlet menerusi jadual yang fleksibel.
“Jadual seimbang antara belajar dan latihan serta tidak terlalu padat. Ia juga memudahkan atlet agar tidak terbeban dan terlalu penat.
“Pelajar sukan juga disediakan tutor peribadi dan tusyen,” katanya yang akan mula belajar pada 11 Januari.
Azeem memberitahu, tahun pertama di AS, beliau menyasarkan untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary pada Ogos.
Bagi mencapai misi itu, beliau perlu mencipta dua rekod baharu kebangsaan dalam acara 100 meter (M) dan 200m kerana had kelayakan ditetapkan untuk pentas berprestij dunia itu adalah 10 saat (s) untuk acara 100m dan 20.16s (200m).
Biarpun mencabar, tetapi ia tidak mustahil kerana atlet dari Perak itu pernah mencipta sensasi dengan catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun ini.
Sasaran seterusnya buat Azeem adalah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan menjadi pelari 100m pertama dari Asia Tenggara mencatat masa bawah 10s.
Azeem juga berharap usahanya untuk 'berguru' di AS membuka mata para atlet muda untuk terus berusaha dan jangan putus semangat berjaya dalam sukan serta pelajaran.
“Doakan kejayaan saya untuk mengukir nama Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 30 2022

Muhammad Azeem sudah bersedia untuk 'berguru' di AS selama empat tahun bermula awal Januari ini. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Azeem lebur rekod kebangsaan 60m di Amerika Syarikat
Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan pada Kejohanan Jemputan Tiger Paw di Amerika Syarikat.

'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.

Olimpik Paris: Muhammad Azeem berdepan sesi latihan agresif
Muhammad Azeem bakal berdepan sesi latihan yang agresif menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan membuka tirainya 26 Julai ini.

KOM belum putuskan atlet ke Olimpik Paris 2024
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menegaskan badan induk itu belum memutuskan atlet mana yang bakal mengisi slot wild card di Olimpik Paris.

Azeem pasrah jika tidak dapat beraksi di Olimpik Paris 2024
Muhammad Azeem pasrah sekiranya tidak diberikan tiket wild card untuk beraksi dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejohanan Olahraga Tiger Klasik: Azeem rekod masa terpantas 2024
Muhammad Azeem merekodkan prestasi terbaiknya musim ini apabila merakamkan 10.31 saat dalam acara 100m Kejohanan Olahraga Tiger Klasik, di Taiwan.

NCCA: Azeem Fahmi bantu Auburn gondol emas 4x100m
Kuartet Azeem merakamkan masa terpantas 38.64 saat untuk menggondol tempat pertama acara 4x100m Kejohanan Trek dan Padang, NCAA di Florida.

Azeem sambar emas, gangsa di Georgia
Muhammad Azeem mulakan musim baharu dengan bergaya selepas merangkul satu emas dan satu gangsa di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Layak ke Olimpik Paris 2024 sasaran terbesar Azeem
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjadikan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai sasaran terbesarnya tahun ini.

Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.