SERDANG: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melakar sejarah apabila dianugerahkan dua sijil Malaysia Book Of Records iaitu Musim Kehadiran Benih Semulajadi Kerang Terpanjang selama 18 Bulan dan Pendaratan Benih Kerang Semulajadi Terbesar dalam satu musim dari 4 Nov 2019 hingga 31 Mei 2021 di pantai Teluk Lekir, Perak.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata anugerah itu adalah hasil kajian Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) sejak 2009 yang menilai kesesuaian cadangan tapak ternakan kerang selain kajian Batimetri dalam usaha memahami keadaan arus kedalaman dasar, trend perubahan suhu dan kemasinan air laut.
"DOF telah berjaya menunjukkan kejutan suhu (kaedah) yang mampu mengaruhkan pembenihan kerang di makmal. Pada 2018 lepas, sejumlah 10,000 kilogram (kg) induk kerang matang pelbagai saiz telah ditabur di Projek Kebun Kerang Lekir dan sekali gus menjadikan jumlah pendaratan benih kerang pada tahun berikutnya adalah sekitar 238.89 tan metrik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyasikan penyerahan sijil MBOR kepada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Expo Agro Malaysia (MAEPS) hari ini.
Sebelum pelaksanaan kajian itu, pengeluaran benih kerang di kawasan itu adalah pada kadar 20.97 tan pada 2016 dan 2017.
Ahmad berkata terdapat tiga kaedah pembenihan aruhan kerang yang digunakan dalam kajian tersebut secara aruhan fizikal, kimia dan biologi.
"Tiga model berkait dengan pembenihan aruhan ini telah dicadangkan iaitu Cadangan Lokasi Pembenihan Aruhan, Cadangan Musim Pembenihan Aruhan dan Cadangan Lokasi Kejatuhan Benih," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata DOF juga dalam perancangan untuk membangunkan teknik ternakan kerang-kerangan yang lebih cepat sekali gus mengurangkan tempoh ternakan tersebut sekitar lapan sehingga 12 bulan berbanding kaedah sebelum ini iaitu antara 18 hingga 24 bulan.
Sementara itu, beliau berharap industri kerang negara dapat dipulihkan semula dan Malaysia kembali menjadi pengeluar kerang terbesar di Asia Tenggara selain membantu menjana sumber ekonomi baharu terutamanya kepada golongan B40 yang terlibat dengan ternakan kerang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ahmad Hamzah (tengah) menyaksikan penyerahan penganugerahan sijil Malaysia Book of Record (MBOR). - Foto BERNAMA

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

'Ada individu lepaskan alligator gar ke Sungai Klang' - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengenal pasti terdapat individu tidak bertanggungjawab melepaskan ikan asing spesies alligator gar ke perairan umum.

Industri ikan hiasan meningkat, penyumbang ekonomi negara
Pengeluaran ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.

Aduan salah laku integriti: DOF jamin tindakan tegas, siasatan secara holistik
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan mengambil tindakan tegas dan hukuman setimpal terhadap kakitangan yang didapati melanggar etika dan peraturan jabatan.

Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.

Jumlah pendaratan penyu di negara ini meningkat - DOF
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merekodkan jumlah pendaratan penyu di perairan negara ini meningkat sebanyak 11.17 peratus pada tahun lepas.

Larangan pengambilan kerangan dari perairan Port Dickson masih dikuat kuasa
Masih terdapat biotoksin melebihi kadar selamat untuk dimakan dalam sampel ketiga kupang dan air perairan berkenaan.

Tular bom ikan: Spesies asli banyak yang mati
Ia termasuk jenis terubuk, lampam dan beberapa spesies lain yang merupakan ikan asli di Sungai Singor, Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak.

Hebahan tentang ikan tilapia tidak selamat dimakan adalah palsu - DOF
DOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan ikan tilapia adalah ikan yang diternak dengan pemberian makanan rumusan menggunakan sumber protein daripada ikan dan tumbuhan.

Berselindung di sebalik ikan hiasan
Lambakan ikan larangan di perairan sungai negara mengakibatkan ikan asal atau ikan tempatan berkurangan.

Cuka rawatan awal sengatan ubur-ubur
Orang ramai boleh menggunakan cuka sebagai rawatan awal untuk sengatan ubur-ubur, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Wan Muhammad Aznan Abdullah.