TELUK INTAN: Seorang doktor di sebuah hospital di sini 'berputih mata' kerugian RM27,300 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berusia 27 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai di LHDN Pulau Pinang dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai.
Katanya, panggilan yang diterima kira-kira jam 11 pagi itu kemudian dikatakan telah disambungkan kepada individu yang menyamar dari Bank Negara (BNM) dan mendakwa mangsa telah terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
“Akibat cemas dan ketakutan mangsa telah menyerahkan segala butiran maklumat perbankan termasuk kata laluan perbankan atas talian kepada suspek yang memperkenalkan diri sebagai ‘Tuan Shariff’.
“Mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas mendapati wang dalam akaun bank miliknya telah dipindahkan menerusi dua transaksi masing-masing berjumlah RM12,000 dan RM15,300 ke sebuah akaun bank lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya mangsa telah tampil membuat laporan pada jam 5.21 petang hari yang sama dan pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ahmad Adnan menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada terus menjadi mangsa penipuan atau Macau Scam.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melayan panggilan telefon atau mesej dari nombor yang tidak dikenali. Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak mudah panik dan cemas apabila menerima panggilan dari scammer.
“Agensi penguatkuasaan di Malaysia tidak akan menelefon untuk mengugut dengan memberi pilihan kepada mangsa untuk ‘selesai di luar’. Sentiasa buat semakan dan pengesahan dengan jabatan atau agensi yang berkaitan,” jelasnya.
Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk tidak menyerahkan sebarang maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.
Amirrul Rabbani
Sat Jan 21 2023

Lelaki berusia 27 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai di LHDN Pulau Pinang dan mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Doktor 'berputih mata', wang RM27,300 lesap diperdaya 'Tuan Shariff'
Seorang doktor 'berputih mata' kerugian RM27,300 akibat diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN