Menjerit setiap 30 minit dan berharap akan tiba pertolongan.
Demikian pengalaman Dr Muhammad Iqbal Arifin, 29, yang sesat selama lebih 24 jam selepas mendaki Gunung Yong Belar, Lojing di Gua Musang pada Sabtu.
Kehabisan bekalan makanan, dia hanya minum air sungai sepanjang berada di hutan itu, untuk mengalas perutnya, sambil menahan kesejukan.
Tersesat ketika dalam perjalanan turun, doktor gigi itu akhirnya ditemui pada Ahad oleh dua pekerja kebun warga Myanmar yang membantunya keluar dari kawasan hutan itu.
"Setiap 30 minit saya akan menjerit meminta tolong sebanyak tiga kali. Selain itu, saya akan berehat.
"Sehinggalah jam dua setengah petang, saya terjumpa dua pemuda yang sedang membaiki paip dan menegur mereka. Mereka warganegara Myanmar, pekebun di situ.
"Saya beritahu, saya tersesat, dan mereka menolong saya keluar dari hutan. Salah seorang darinya malah membantu saya membawa beg yang berat dan basah, sehinggalah ke tapak kebun sayur," katanya.
Dr Muhammad Iqbal, yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berkata, dia bersama 30 pendaki lain memulakan pendakian kira-kira pukul 7.30 pagi Sabtu.
Kehilangannya dilaporkan rakannya Aeida Abu Talib, 46, yang menyedari dia tidak ada bersama kumpulan 31 pendaki itu, sejam selepas mereka berhenti rehat dan menuruni gunung berkenaan.
Laporan polis mengenai kehilangannya dibuat pada 4.22 pagi.
Ketika ditemui di Pondok Polis Lojing, Dr Muhammad Iqbal berkata, pekerja kebun warga Myanmar itu menghantarnya keluar sehingga ke Masjid Lojing.
"Saya kemudiannya menghubungi ayah memaklumkan telah selamat dan kemudiannya menelefon polis untuk memaklumkan kedudukan saya," jelasnya.
Katanya, beliau hanya menyedari terpisah daripada kumpulannya kira-kira pukul 6 petang sebelum memutuskan untuk mencari sungai terdekat untuk berehat.
"Sekitar 7.30 malam, saya menemui sebatang sungai dan minum air sungai tersebut kerana kehabisan bekalan makanan.
"Ketika berseorangan di dalam hutan saya melakukan solat hajat dan berzikir bagi memudahkan urusan mencari kembali rakan kumpulan," katanya.
Menurut bapanya, Arifin Md Salleh, peristiwa sesat di hutan itu menjadi pengalaman berguna kepada anaknya dan ahli keluarganya yang lain kerana mereka sememangnya berminat dengan aktiviti mendaki gunung.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berkata Dr Muhammad Iqbal telah diberi rawatan awal semasa menunggu ketibaan keluarganya dari Melaka ketika di Pondok Polis Lojing.
Katanya, dengan penemuan mangsa, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada 12 tengah hari Ahad, melibatkan anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Bomba dan Penyelamat Gua Musang, dihentikan.
Muhafandi Muhamad
Mon Jul 10 2017
Tersesat ketika dalam perjalanan turun, Dr Muhammad Iqbal (kanan) akhirnya ditemui oleh dua pekerja kebun warga Myanmar yang membantunya keluar dari kawasan hutan. Foto Astro AWANI
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Padah cabut gigi pesakit atas 'hoverboard', doktor dihukum penjara 20 tahun
Lookhart turut disabitkan atas 46 tuduhan kesalahan pelanggaran pada Januari lalu termasuk penipuan bantuan perubatan, skim penipuan, amalan pergigian haram dan membahayakan.
Doktor gigi berjaya ketepi keputusan Majlis Pergigian Malaysia
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof meluluskan rayuan dengan alasan wujud unsur pertimbangan berat sebelah dalam kes berkenaan.