PETALING JAYA: Seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila dirakam dalam tandas oleh majikannya sendiri dalam kejadian di sebuah klinik swasta pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kosmioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang berumur 30 tahun itu dirakam oleh suspek ketika berada dalam tandas di klinik berkenaan.
"Siasatan awal dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan pembantu klinik berkenaan ternampak sebuah telefon bimbit yang berada pada kedudukan tinggi dalam tandas berkenaan, mangsa mendapati kamera telefon tersebut dalam keadaan terbuka.
"Mangsa terus mengambil telefon berkenaan dan mengecam telefon itu milik majikannya, mangsa yang terkejut dan malu dengan kejadian kemudian terus mencapai beg tangannya dan ingin keluar daripada klinik tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, bagaimanapun tindakan mangsa yang secara tergesa-gesa ingin keluar dari klinik tersebut disedari majikannya itu.
"Suspek kemudian menghalang mangsa dan cuba meminta mangsa memulangkannya kembali telefon bimbitnya, suspek turut berjanji untuk menghapuskan rakaman tersebut di hadapan mangsa.
"Mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit suspek, mangsa bagaimanapun tidak nampak apa yang dipadam oleh suspek," katanya.
Menurutnya, risikan dan maklumat yang dijalankan kemudiannya berjaya memberkas suspek kira-kira jam 7.30 petang.
"Suspek yang berumur 46 tahun itu kemudiannya berjaya diberkas di satu kawasan di Petaling Jaya dan telefon bimbit suspek turut dirampas.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 09 2021

Suspek yang berumur 46 tahun itu kemudiannya berjaya diberkas di satu kawasan di Petaling Jaya dan telefon bimbit suspek turut dirampas. -Gambar hiasan

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Doktor ditahan disyaki cabul pekerja
Doktor berusia 36 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada wanita yang berusia 24 tahun kira-kira pukul 6 petang, Rabu lepas.

Lelaki warga asing 'pukau' wanita curi wang, makanan kucing
Mangsa hanya menyedari kejadian itu berlaku selepas suspek beredar dari premis bersama makanan kucing berkenaan.

Doktor rakam video pembantu klinik dalam tandas ditahan
Suspek kemudian menghalang mangsa dan cuba meminta mangsa memulangkannya kembali telefon bimbitnya.

COVID-19: Pembantu klinik bergejala cetus kluster terbaharu di Sabah
Seorang pembantu klinik yang dikesan bergejala mencetuskan kluster terbaharu di Sabah yang dikenali sebagai Kluster Hamparan 2, Kinabatangan.

Pembantu klinik pakat dengan teman lelaki rompak doktor
Pembantu klinik disyaki bersubahat dengan teman lelakinya melakukan jenayah samun terhadap seorang doktor di sebuah klinik di Taman Pandan Indah, Ampang Jaya, Selangor.

Pisau masih tercucuk di leher, wanita maut dipercayai ditikam suami
Mayat wanita berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan dibaluti selimut dengan pisau masih tercucuk di leher.