JEMPOL: Seorang doktor sebuah klinik swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau pada Selasa atas pertuduhan mencabul pekerjanya, bulan lalu.
Tertuduh, Mohamad Amin Razaly, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah mencabul mangsa iaitu seorang wanita berusia 25 tahun pada 19 Februari lalu kira-kira jam 10.30 malam di bilik rehat sebuah klinik di Bandar Baru Serting.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan penjara boleh sampai 10 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya membenarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dan keluarganya dilarang berhubung dan mengganggu mangsa sehingga perbicaraan kes selesai.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 29 April ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 12 2024
Tertuduh tiba di Mahkamah Majistret Bahau bagi pertuduhan mencabul. - Gambar/ Sinar Harian
Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada
Orang ramai terutama bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada.
Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.
Tumpuan Jumaat – 7 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.
Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak semakin pulih
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
Doktor tak mengaku cabul pekerja sendiri
Doktor tak mengaku cabul pekerja sendiri