Semenanjung Gaza dilanda malapetaka dan tiada perkataan yang dapat menggambarkannya, menurut seorang jururawat Doktor Tanpa Semapadan (MSF) yang berkhidmat di utara Gaza.
MSF menghantar satu klip video selama lebih seminit kepada akaun X mereka mengenai rakaman panggilan telefon dengan seorang daripada jururawat mereka, Loay Harb untuk menerangkan keadaan di sana.
Harb menjelaskan keadaan semasa sebagai malapetaka dan tiada perkataan dapat menjelaskannya, dengan kekurangan makanan dan sokongan perubatan.
Beliau berkata, ketiadaan bekalan elektrik, air, tepung ataupun Internet untuk berhubung dengan dunia luar, mengakibatkan penderitaan dalam kalangan penduduk di sana.
"Kami melalui saat getir kerana kepungan, kemiskinan dan kebuluran. Keadaan pesakit adalah sangat kompleks dan terdapat mereka yang hilang tempat tinggal berlindung di hospital yang menjadikan sukar untuk kami menjalankan tugas," katanya dalam rakaman itu.
Beliau berkata hospital itu tidak dibina untuk menampung jumlah pesakit yang besar dan kerana kesesakan itu katil tidak mencukupi serta ruangan menjadi terhad dan ada pesakit yang terpaksa diletakkan di atas lantai.
Harb merupakan seorang daripada empat staf MSF di Bandar Gaza. Beliau dan jururawat lain merupakan sukarelawan di Hospital Al-Shifa dan mereka menukarkan pembalut untuk pesakit di klinik MSF di Gaza.
Di Klinik MSF, Harb berkata mereka masih menerima pesakit yang melecur dan luka akibat serangan Israel tetapi mereka cuba memberikan penjagaan kesihatan yang asas walaupun dengan sumber yang minimum.
''Ada pesakit yang menghadapi kesukaran untuk sampai ke klinik kami untuk menyambung rawatan kerana jalan raya yang musnah.
Jadi saya sediakan kit pembalut untuk mereka dan saya bimbing mereka bagaimana untuk menukar pembalut mereka," katanya.
Serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza membunuh lebih daripada 31,500 warga Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain mencederakan 73,546 yang lain serta mengkibatkan kemusnahan besar dan kekurangan bekalan asas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024

Keadaan semasa sebagai malapetaka dan tiada perkataan dapat menjelaskannya, dengan kekurangan makanan dan sokongan perubatan. - AP
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

Banjir: Doktor Tanpa Sempadan hantar pasukan kecemasan ke Libya
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Rabu berkata pertubuhan bantuan itu menghantar pasukan kecemasan ke Libya susulan ribut dahsyat yang mengorbankan ribuan nyawa di timur negara itu.

Surat terbuka: MSF sedia beri sokongan untuk pendaratan selamat orang terkandas di lautan
MSF berpendapat tindak balas terhadap COVID-19 tidak seharusnya jadi batu penghalang bagi Malaysia memenuhi kewajipan kemanusiaannya.

Podcast Realiti Rakyat: Apa nasib pelarian etnik Rohingya di Malaysia ketika PKP?
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi Pandemik Covid-19.