Pejabat Peguam Negara sudah menerima dokumen siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk maklumat yang diberikan Xavier Andre Justo kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata, dokumen itu diterima daripada pihak berkuasa Thailand pada Rabu dan kini sedang disemak oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diserahkan semula kepada Polis Diraja Malaysia.
"Mereka menyerahkan semua dokumen yang kita minta dan ia termasuklah rakaman temu bual dengan Justo yang dirakam polis Thailand.
"Kita menunggu dokumen itu disemak sebelum diserahkan pada kita dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Jelas Khalid, dokumen itu mengandungi pelbagai maklumat, termasuk transkrip temu bual polis dengan Justo di Bangkok, minggu lalu.
Polis sebelum ini dilaporkan merakam keterangan Justo selama 90 minit di penjara reman di Bangkok, Thailand pada 15 disember lalu seperti yang lapor Bernama.
Keterangan dirakam dalam bentuk afidavit dan akan digunakan dalam siasatan di Malaysia, terutamanya dalam tuduhan berkaitan sebahagian dokumen itu, terutamanya berkenaan urusniaga di antara Petrosaudi International dan 1MDB, yang diubahsuai, lapor bernama memetik sumber.
PDRM juga dilaporkan berminat menemui Justo yang dikatakan berurusan dengan beberapa individu termasukl Rewcastle-Brown dan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.
Justo kini dipenjara 3 tahun di Thailand selepas mengaku mencuri data dan memeras ugut bekas majikannya.
Hakim Rahman
Thu Dec 31 2015

KHALID: Dokumen itu mengandungi pelbagai maklumat, termasuk transkrip temu bual polis dengan Justo di Bangkok, minggu lalu.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pengerusi KTMB sahkan serah dokumen bantu siasatan bayaran RM1.4 juta kepada Claire
Rameli berpuas hati akan keterangan yang telah diberi dari pihaknya serta siasatan SPRM setakat ini.

Tarik balik saman Sarawak Report, pemimpin Pas didesak dedah perkara sebenar
Setiausaha Politik Perdana Menteri itu berkata keputusan yang dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sangat pelik.

Pas rayu bantu tampung kos saman Sarawak Report
Idris berkata bayaran tersebut perlu dijelaskan kepada peguam di UK dalam tempoh dua minggu mulai sekarang.

Dokumen mengenai Justo kini dengan Peguam Negara
Dokumen itu diterima daripada pihak berkuasa Thailand pada Rabu dan kini sedang disemak oleh Pejabat Peguam Negara sebelum diserahkan semula kepada Polis Diraja Malaysia.