KUALA LUMPUR: Peguam bagi pihak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar surat kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyiaran dokumentari bertajuk ‘Man On The Run’ dalam perkhidmatan aplikasi penstriman, Netflix.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, memohon Fahmi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ketua Pegawai Pengawal Selia, SKMM, Datuk Zulkairnain Mohd Yasin supaya mengambil tindakan dengan menurunkan serta melarang tayangan dokumentari berdurasi satu jam 38 minit itu di Malaysia.
Beliau berkata, filem tersebut bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
Menurutnya, ia menghina mahkamah menerusi istilah subjudis kerana kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih di peringkat perbicaraan.
Beliau yang mengetuai pasukan pembelaan Najib dalam kes itu berkata, sedangkan dakwaan yang dipaparkan, belum dan tidak pernah dibuktikan dalam dokumen atau saksi yang dikemukakan dalam mana-mana perbicaraan.
“Kes Najib masih dibicarakan di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi, di sini didaftarkan bawah kes jenayah atau lebih dikenali sebagai kes 1MDB-Tanore.
“Kami menulis dan menggesa (Fahmi) menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Komunikasi dan SKMM supaya rancangan ini diturunkan dan aplikasi perkhidmatan kandungan itu dilarang untuk melanjutkan tayangan siar,” katanya.
Peguam itu berkata, mengikut nas undang-undang, ia memutuskan bahawa sesuatu penghinaan mahkamah berlaku jika wujud terbitan atau perbincangan umum berkenaan prosiding mahkamah yang masih berlangsung atau belum diketahui keputusan.
Menurut Muhammad Shafee, wujud keperluan untuk melindungi hak anak guamnya terhadap satu perbicaraan yang adil tanpa fitnah atau penghinaan mahkamah.
Katanya, kenyataan di luar mahkamah yang bersifat prejudis dan menghina, sudah pasti akan menjejaskan hak pemimpin UMNO itu, untuk mendapatkan satu perbicaraan yang saksama.
Pada 8 Januari lalu, filem dokumentari ‘Man On The Run’ mencuri tumpuan apabila pasukan pembelaan Najib dalam prosiding kes 1MDB membabitkan Najib menimbulkan isu filem tersebut.
Mereka turut memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan penyiaran dokumentari yang sedang ditayangkan itu.
Man on the Run ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.
Ia turut memaparkan temubual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Filem dokumentari ‘Man on the Run’ ditayangkan di Netflix melonjak ke tempat kedua dalam 10 Filem Terbaik platform penstriman di Malaysia.
Dokumentari mengenai 1MDB yang memberi penerangan tentang dakwaan bekas perdana menteri itu mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho (Jho Low) ditayangkan pada 5 Januari.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 12 2024

Pada 8 Januari lalu, filem dokumentari ‘Man On The Run’ mencuri tumpuan apabila pasukan pembelaan Najib dalam prosiding kes 1MDB membabitkan Najib menimbulkan isu filem tersebut. - Gambar fail/Bernama

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.