KUALA LUMPUR: Bernama TV akan menyiarkan dokumentari khas bertajuk ‘Di Sebalik Mahkota’ sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, Jumaat ini.
Dokumentari yang menyajikan naratif lebih dekat mengenai keperibadian Sultan Ibrahim yang mungkin tidak diketahui umum itu, akan disiarkan di saluran Astro 502, Unifi TV 631, Mytv 121 dan Facebook Bernama TV.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu ini di Istana Negara, merupakan istiadat penuh simbolik yang diadakan hanya lima tahun sekali.
Menurut satu kenyataan Bernama TV hari ini, dokumentari itu akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia memahami lebih mendalam mengenai istiadat pertabalan dan memupuk rasa cinta terhadap institusi diraja, dan cara ia diamalkan di negara ini di bawah konsep Raja Berperlembagaan.
Ia juga mengambil inspirasi daripada sejarah Kesultanan Johor moden serta menyelami keunikan pemerintahan Sultan Ibrahim yang menaungi Johor dengan bijaksana dan penuh kasih sayang terhadap rakyat jelata.
Beberapa tokoh penting berkongsi pengalaman mereka bersama Sultan Ibrahim, antaranya Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.
Turut ditemu bual Pegawai Peribadi kepada Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Rogayah Datuk R. Sugumaran Raman, Pengerusi Yayasan Sultanah Fatimah Mejar Cina Datuk David Wong Khong Soon dan Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Sofian Abdul Rahman.
Penggambaran dokumentari itu dijalankan di pelbagai lokasi di Johor.
Sempena istiadat pertabalan itu, Bernama juga menyediakan satu mikrosit khas daulattuanku.bernama.com bertajuk Daulat Tuanku yang menghimpunkan berita berkaitan hari penting berkenaan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Sementara itu, pada hari pertabalan Sabtu 20 Julai, Bernama TV akan membawakan siaran langsung istiadat pertabalan tersebut melalui siaran Granstan Khas yang akan bermula pada 8.30 pagi.
Program granstan ini akan membincangkan mengenai institusi diraja negara ini bersama beberapa tokoh terkemuka antaranya Pensyarah Kanan dan Panel Pakar Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara Dr Ismail Ma'arof, sebelum membawa penonton ke Istana Negara untuk menyaksikan sendiri istiadat penuh tradisi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Dokumentari yang menyajikan naratif lebih dekat mengenai keperibadian Sultan Ibrahim akan disiarkan di saluran Astro 502. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Dokumentari khas 'Di Sebalik Mahkota' sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dokumentari yang menyajikan naratif lebih dekat mengenai keperibadian Sultan Ibrahim akan disiarkan di saluran Astro 502.