KUALA LUMPUR: Sejak dari hari pengumuman pada 22 Disember lalu mengenai tayangan filem dokumentarinya,
halaman Facebook rasmi Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak putus-putus menerima kunjungan daripada pencinta-pencintanya.
Perkongsian cerita dan pengalaman daripada peminat-peminat setianya seperti menterjemahkan kecintaan mereka pada buah hati kesayangan ramai itu tidak berganjak walau seinci.
Melalui apa yang dikongsi tulang belakangnya itu, Siti Nurhaliza tentu sekali kekal sebagai penyanyi kesayangan mereka.
Justeru, pengumuman tayangan filem dokumentari, Siti Are You Ready? dan Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Shiraz Projects
di Astro First bermula 30 Disember (esok) disambut mereka dengan penuh kegembiraan.
Penyokong-penyokong Siti Nurhaliza benar-benar teruja.
Berita gembira yang dikongsi penghibur berusia 42 tahun itu seakan mengubati kerinduan melihat bintang kesayangan mereka di pentas sekalipun, hanya dapat menonton di kaca TV.
Sokongan padu peminat seperti yang selalu disebut pemilik suara emas ini adalah ‘kekuatan’ dan motivasi buatnya untuk terus mengharumkan persada seni tanah air.
“Setiap kali saya muncul dengan karya atau buah tangan terbaharu, saya tahu bagaimana sokongan peminat terutama mereka telah lama nenanti. Inikan pula sebuah filem dokumentari yang pertama kali saya muncul namun saya secara peribadi mahukan agar Siti: Are You Ready mengakhiri 2021 dengan sesuatu yang manis,” kata Siti Nurhaliza dalam wawancara dengan Astro AWANI.
Filem dokumentari itu, cerita penyanyi lagu Jerat Percintaan dan Nirmala ini terlalu personal buatnya dan sewajarnya naskhah istimewa tersebut dikongsi dengan seluruh masyarakat.
Kata ibu kepada dua cahaya mata Siti Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa Khalid itu, karya berkenaan berlatarkan realiti, bukan lakonan.
“Filem dokumentari ini mula dirakamkan sejak hari pertama kami berkumpul, bertemu sehinggalah ke hari terakhir konsert tamat. Semua momen ini adalah perjalanan dan situasi sebenar, ini bermakna apa yang anda lihat adalah saya, Siti Nurhaliza.
“Jika sebelum ini hanya cebisan klip belakang tabir saya kongsikan namun kali ini dijadikan sebuah tontonan selama 1 jam 20 minit.
“Itulah sisi sebenar saya sebagai Siti Nurhaliza. Anda akan lihat bagaimana saya berkejar dari satu tempat ke satu tempat, gaya sederhana saya, makan juga hanya sempat dalam kereta dan sebagainya. Semua itu bukan lakonan kerana setiap gerak geri saya dirakamkan,” dedah penyanyi masyhur itu lagi.
Secara peribadi, Siti Nurhaliza berpendapat, karya dokumentari itu sangat-sangat disenanginya.
Kebetulan pula, tenaga kerja di sebalik penerbitan dokumentari itu sudah sering bekerjasama denganya menjadikan setiap plot yang terhasil menepati matlamat dan kehendaknya.
“Saya seronok dan kagum dengan hasil kerja Rasa Film, yang juga menjadi pengarah filem dokumentari ini serta mereka juga menyunting konsert Siti Nurhaliza On Tour.
“Mereka sudah lama bekerja dengan saya dan sudah memahami saya, apatah lagi mereka juga peminat saya, segalanya mengalir dengan baik. Dari minit ke minit, saya dapat merasakan auranya pada semua segi, visual, suntingan, audio dan lain-lain,” kata Siti Nurhaliza sambil bibirnya tidak lekang mengukir senyuman bahagia.
Siti: Are You Ready? merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert "Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur).
Manakala Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour – Live In Concert ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada 2019. Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur).
* Siti Are You Ready? & Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 30 Disember 2021.
** Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM19.90 anda boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem in menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro First.
Astro Awani
Wed Dec 29 2021
Siti Are You Ready? & Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 30 Disember 2021.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.