KUALA LUMPUR: Amalan patriarki dan ideologi hegemoni maskulini mendominasi politik Malaysia sehingga menyebabkan golongan wanita berdepan dengan pelbagai kekangan.
Demikian dapatan Sharifah Syahirah S Shikh menerusi kajian bertajuk Patriarki, Politik Malaysia dan Pilihan Raya Umum yang diterbitkan dalam Jurnal Parlimen Malaysia (JournalMP).
Menurutnya, kemajuan wanita dalam pendidikan, ekonomi dan penyertaan aktif wanita dalam masyarakat serta parti politik kurang diberi pengiktirafan oleh jawatankuasa tertinggi parti-parti politik kerana masih mendukung sistem patriarki dalam membuat keputusan.
Katanya, dominasi pemimpin lelaki dalam jawatankuasa tertinggi parti-parti politik merupakan penyebab utama sistem patriarki dikekalkan dan parti-parti ini lebih cenderung memilih calon lelaki dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Sebab utama jumlah wakil rakyat wanita rendah adalah kerana parti-parti politik tidak memberi peluang yang saksama kepada wanita untuk menjadi calon.
"Hal ini terjadi berpunca daripada dominasi lelaki dalam kepimpinan tertinggi parti, ahli parti wanita lebih dianggap sebagai penyokong dan pembantu parti, dan pemikiran bahawa lelaki lebih sesuai menjadi pemimpin berbanding wanita, juga penyebab parti-parti politik memilih calon lelaki seperti di negeri Terengganu," katanya menerusi kajian tersebut.
Menurut Sharifah Syahirah, statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan peningkatan calon wanita kepada 239 orang (10.24 peratus) pada PRU14 berbanding 168 (8.8 peratus) pada PRU13.
Namun, katanya, peningkatan itu masih jauh untuk merealisasikan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan legislatif seperti yang disarankan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inter-Parliamentary Union (IPU).
Menurutnya, Malaysia mempunyai jumlah wakil rakyat wanita yang kedua terkecil dalam kalangan negara anggota ASEAN dan berada di kedudukan ke-143 daripada 187 buah negara dalam dunia.
"Kedudukan ini tidak selari dengan takrifan sistem demokrasi yang baik, iaitu keperluan mempunyai keseimbangan jumlah representasi, yang mencerminkan populasi negara.
"Politik kehadiran wanita yang juga dikenali sebagai representasi diskriptif, seringkali dipandang remeh oleh amalan demokrasi yang tidak sensitif gender," tambahnya.
Sharifah Syahirah berpandangan, sistem demokrasi sedia ada dilihat tidak sempurna dan secara sistematik meminggirkan golongan minoriti dengan amalan majoriti mudah.
Katanya, kedudukan wanita dalam carta politik tempatan menggambarkan kemunduran demokrasi negara dari segi memberi peluang dan ruang kepada separuh warganegara Malaysia, iaitu kaum wanita.
Antara faktor lain yang mengekang kemajuan wanita, menurutnya, adalah tafsiran agama, ekonomi, kesedaran, sosialisasi dan diskriminasi berasaskan jantina.
Persepsi dan persekitaran juga memperkukuh amalan ini dan menambah kesukaran wanita untuk menjadi pemimpin dalam politik Malaysia, tambah beliau.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 17 2022
Sharifah Syahirah berkata, sebab utama jumlah wakil rakyat wanita rendah adalah kerana parti-parti politik tidak memberi peluang yang saksama kepada wanita untuk menjadi calon. - Gambar hiasan
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Dominasi pemimpin lelaki dalam politik penyebab sistem patriarki kekal - Kajian
Katanya, kemajuan wanita dalam pendidikan, ekonomi dan penyertaan aktif wanita dalam masyarakat dan parti kurang diberi pengiktirafan.