GEORGE TOWN: Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian, susulan kes resit yang tular kerana menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja).
Dalam kenyataan hari ini, Domino's Pizza Malaysia berkata pihaknya tidak bertolak ansur ke atas sebarang diskriminasi atau komen negatif sama ada secara terus kepada pasukannya, pelanggan mahupun komuniti setempat.
"Kami juga kecewa apabila salah seorang pekerja kami berpendapat bahawa berkongsi resit yang mengandungi maklumat peribadi pelanggan di media sosial adalah tindakan betul.
"Kedua-dua tindakan ini adalah salah dan kami mengambil langkah sewajarnya ke atas pelanggan dan pekerja terlibat," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa Domino's Pizza Malaysia juga telah merujuk perkara tersebut kepada pihak polis dan berpegang teguh dalam memastikan persekitaran harmoni untuk semua.
Semalam, tular di media sosial satu hantaran gambar resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera di Kenari Avenue di sini, dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan 'remark' oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Semalam, tular gambar resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan 'remark' oleh seorang pelanggan yang memesan makanan berkenaan. - Gambar/ Media sosial

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.

Giliran Domino's berbahasa klasik, netizen mohon 'kekanda jangan naik harga'
Entri itu dimuat naik pada pagi Khamis susulan penggunaan perkataan bahasa Melayu klasik, kekanda dan adinda, diperkatakan.

Lelaki selamba belanja RM32,000 guna kad jiran yang mati 2 tahun lalu
Robert Sharkey ditahan pada hari yang sama atas tuduhan menghalang pengebumian pada tarikh antara Ogos 2015 dan Oktober 2017.

CBP jadikan industri F&B lebih kompetitif, kata Ahmad Maslan
CBP membolehkan syarikat-syarikat F&B mendapat manfaat daripada kos pengeluaran yang lebih rendah berikutan kelebihan kredit cukai input.
Domino's mahu kuasai cawangan piza Malaysia
Domino's Pizza Malaysia bercita-cita menguasai cawangan piza di seluruh Malaysia menjelang 2015.