PERNAH terfikir untuk berhenti dalam karier memanahnya, namun ibu menjadi pemangkin kepada Ariana Nur Dania Mohamad Zairi untuk meneruskan karier dalam sehingga kini.
Mula berjinak sebagai atlet seawal usia 10 tahun, Ariana kini enggan menoleh ke belakang dan terus memburu impiannya untuk mengharumkan nama negara dalam sukan tersebut.
"Keluarga banyak membantu. Saya bermula ketika berumur 10 tahun. Saya pernah hampir berhenti, tetapi mereka terus mendorong saya, sehinggalah dapat bersama skuad kebangsaan dan berjaya ke Sukan Olimpik," katanya.
"Sokongan ibu dan bapa cukup besar bagi saya, segala usaha mereka untuk memastikan saya ke tahap ini cukup bermakna sekali."
Terdahulu, Ariana menguasai pusingan kelayakan Kejohanan Kelayakan Benua Asia ke Sukan Olimpik Paris 2024, sambil memecah rekod kebangsaan 70 meter 36 arrows wanita dengan jumlah 337 mata.
Ariana terus mencuri tumpuan dalam aksi final, di mana dia menewaskan pemanah Uzbekistan, Ziyodakhon Abdusattorova, 7-3 untuk membawa pulang pingat emas.
Susulan pencapaian membanggakan Ariana, Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hasan, bakal mengusulkan agar pemenang pingat emas itu dimasukkan ke dalam Program Podium terlebih dahulu.
Dan, pemanah kebangsaan yang lain masih berpeluang menempah tiket ke Sukan Olimpik Paris, dengan menghadapi saingan Kejohanan di Turki pada Jun tahun hadapan.
Jurulatih memanah kebangsaan, Wan Khalmizam Wan Abdul Aziz, pula mendedahkan rahsia kejayaan Ariana, yang memiliki fokus yang sangat kuat biarpun terdapat gangguan daripada faktor luaran.
Dia juga yakin ia bakal menjadi pembakar semangat kepada beberapa atlet pelapis memanah yang lain untuk menanam cita-cita beraksi di Sukan Plimpik Paris 2024.
Astro Arena
Mon Nov 13 2023
Pada Sabtu, Ariana mempamerkan aksi membanggakan apabila berjaya mara ke pentas final Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand, sambil memecah rekod kebangsaan 70 meter 36 arrows wanita dengan jumlah 337 mata. - Foto Astro ARENA
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Tak mustahil kem memanah hadirkan pingat buat negara - Ariana
Katanya, bagi sukan memanah setiap atlet hanya akan bersaing dengan diri sendiri dalam usaha mengawal emosi dan taktik bidikan.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
Olimpik Paris 2024: Ariana Nur Dania mahu 'berkampung' di Korea Selatan
Katanya, pendedahan berlatih di luar negara amat penting baginya, memandangkan beliau hanya pernah beraksi sebanyak dua kali di luar negara.
Dorongan, doa ibu bawa Ariana ke pentas Sukan Olimpik
Mula berjinak sebagai atlet seawal usia 10 tahun, Ariana kini enggan menoleh ke belakang dan terus memburu impiannya.